11 Kebaikan Buah Pala

Khasiat Buah Pala
Khasiat Buah Pala

Khasiat Buah Pala

Buah Pala merupakan tanaman herba yang sangat berkhasiat dan pelbagai guna. Buah Pala sangat terkenal sejak dahulu kala. Buah, biji dan kulitnya dikatakan bermanfaat untuk kesihatan kerana ia mengandungi pelbagai zat. Antara zat yang terkandung di dalam buah pala ini adalah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin C, vitamin B1, saponin, polifenol, flavonoid.

Buah pala ini bukan sahaja popular dan dijual dalam bentuk jeruk dan manisan tetapi  ia juga dijadikan serbuk dan dijadikan sebagai penyedap roti atau kuih, sos, sayuran dan minuman penyegar.

11 kebaikan buah pala kepada kesihatan manusia adalah :

1. Mengubati Insomnia

Rebusan biji buah pala juga dipercayai boleh mengatasi masalah susah hendak tidur. Cara yang lain adalah rebuskan susu segar sehingga mendidih. Kemudian campurkan buah pala yang telah disagat halus dengan madu, gula batu dan juga susu segar yang telah direbus tadi. Tapiskan air tersebut dan minum.  Selain itu,minum segelas susu dengan taburan pala di atasnya boleh membuatkan seseorang itu mendapat tidur yang lena.

2. Mengubati Iritasi Pada Kulit

Minyak buah pala biasa digunakan untuk mengubati iritasi kulit seperti kurap dengan cara menyapukan minyak buah pala tersebut pada kulit yang mempunyai masalah.

3. Mengubati Rasa Mual Dan Muntah

Campurkan buah pala yang telah disagat halus dengan air panas. Kemudian minum air tersebut bila sudah suam.

4. Mengubati Masalah Penghadaman

Kulit buah pala merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau ubat salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sembelit, cirit birit,sakit kepala, selsema, disengat serangga dan sebagainya. Selain itu,beberapa titis minyak buah pala yang dicampur dengan sesudu madu dapat mengubati masalah penghadaman dan perut kembung.

5. Menghilangkan Stress

Minyak pala dapat melegakan saraf pada otak sehingga membantu menghilangkan tekanan.

6. Melegakan Rasa Loya

Buah pala juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.

7. Menyembuhkan Luka Kecil

Caranya adalah dengan mencampurkan sedikit susu dengan serbuk buah pala sehingga menjadi seperti pes. Kemudian letakkan adunan tadi pada luka. Ia juga dapat mengurangi kemerahan dan bengkak pada luka itu.

8. Mengubati Sakit Sendi Dan Ulser

Sabun buah pala pula boleh mengubati sakit-sakit sendi. Getah yang keluar dari buahnya pula boleh dijadikan air kumuran untuk menghilangkan ulser atau ‘mata ikan’ di mulut.

9. Memperbaiki Emosi

Kajian yang dilakukan oleh terapi seks mendapati buah pala mampu memberikan mood yang baik kepada seseorang disamping membangkitkan rasa ghairah.

10. Mengubati Sakit Gigi Dan Gusi

Ambil satu atau dua titis minyak pala lalu sapukan pada sekitar gigi atau gusi yang sakit menggunakan kapas atau ‘cotton bud’. Lakukan sehingga sakit berkurangan.

11. Menghilangkan Rasa Letih Dan Sengal Badan

Minyak buah pala juga biasa digunakan sebagai minyak urut. Ia dapat menghilangkan rasa sengal-sengal badan dan menghilangkan keletihan.

Kesimpulannya

Sungguhpun banyak khasiatnya, namun anda harus ingat, buah pala ini tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan gula yang amat tinggi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/