11 Kesilapan Membuang Masa Dalam Perniagaan

konsep perniagaan menurut Islam
konsep perniagaan menurut Islam

konsep perniagaan menurut Islam

Perniagaan merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan (manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah SWT serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.

Jual produk orang lain atau produk sendiri bukan faktor kejayaan tapi jika anda tidak tahu banyak perkara dalam perniagaan, anda sukar untuk pergi jauh. Ramai orang buat silap dalam perniagaan sehinggakan terpaksa bersusah payah dan bergolok bergadai demi membangunkan perniagaan.

Admin ingin kongsikan 11 kesilapan besar dalam perniagaan yang selalu dilakukan. Jangan buang masa buat silap dalam perniagaan. Baca, cari ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dan teruskan tindakan.

1. Tak Berilmu

Kita buang masa buat semua ini bila kita tidak ada ilmu membina perniagaan yang betul dan tidak tahu bagaimana untuk “Master Your Business”

2. Tak Tahu Banyak Perkara

Kita buang masa berniaga bila kita sendiri tidak jelas siapa kita, apa perniagaan sebenar kita, siapa pelanggan terbaik kita, siapa pelanggan yang kita tidak mahu mereka menjadi pelanggan kita, apa misi kita dan apa matlamat kita 1, 3, 5 dan 10 tahun akan datang sekurang-kurangnya.

3. Berniaga ala Kadar

Bila kita hanya fikir nak buat duit “kecil-kecil” sedangkan sebenarnya kita boleh buat duit “besar-besar” dan berpanjangan di dalam perniagaan.

4. Tiada Kerjasama

Kita buang masa berniaga bila kita tidak bekerjasama dan selari dengan semua komponen perniagaan yang ada di sekeliling kita.

5. Tak Tahu Kehendak Pelanggan

Di dalam perniagaan kita tidak tahu apa yang pelanggan mahu atau tidak mahu.

6. Tak Kenal ‘Ikan Paus’ Perniagaan

Bila kita bukan sahaja tidak kenalpasti sejelas-jelasnya siapa pelanggan yang terbaik yang kita mahukan malah kita tidak jelas siapakah “ikan paus” yang paling bernilai dan berharga yang kita mahukan dan mahu berterusan tambah nilai kepada mereka. Di dalam apa jenis perniagaan pun, ‘Whale hunting’ sepatutnya misi utama syarikat kita.

7. Tak Kenal Pelanggan

Bila kita tidak kenalpasti siapa pelanggan kita yang kita benar-benar ingin beri manfaat kepada mereka. Itu satu kerugian yang amat besar di dalam perniagaan itu sendiri.

8. Tak Ada Ketua

Kita buang masa bila kita tidak letakkan “kepala” atau “anchor” yang bagus untuk memandu perniagaan kita.

9. Tak Tangkap Peluang

Kita buang masa bila kita tidak maksimakan setiap peluang yang ada di dalam perniagaan untuk pasarkan produk atau perkhidmatan kita.

10. Tak Jelas Arah Tuju

Bila kita dan sesama kita sendiri tidak jelas tentang apakah perniagaan model kita yang sebenar dan bagaimana kita bina sumber pendapatan syarikat kita.

11. Masalah Komunikasi

Bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita; kita buang masa dengan salah sangka, ‘assumption’ sendiri, negatif dalam otak sendiri sedangkan perkara yang sebenar mungkin tidak sepertimana yang kita sangkakan.

Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali ilmu di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan. Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahala yang kita dapat.

Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu. Sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan role model untuk berjaya di dalam perniagaan iaitu Rasulullah SAW itu sendiri.

Info Kredit : Azizan Osman

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/