11 Khasiat Buah Ceri

Khasiat Buah Ceri
Khasiat Buah Ceri

Khasiat Buah Ceri

Buah ceri boleh dimakan secara segar atau setelah dijadikan jus. Sama ada ditinkan, disejukkan atau dikeringkan, buah ceri dikatakan mengekalkan nilai kandungan zatnya. Apabila disejukkan dalam peti sejuk, buah ceri dikatakan mampu kekal segar sehingga seminggu.

Namun apakah khasiat buah ceri dan manfaatnya kepada tubuh badan dan kesihatan manusia yang mengamalkan pengambilannya secara kerap? Mari ikut admin PB kita bongkarkan 11 khasiat buah ceri ini kepada manusia.
1. Jus Ceri
Bagi mendapatkan khasiat ceri, anda boleh meminum segelas jus ceri atau menambahkannya ke dalam bijirin mahupun oat sewaktu bersarapan. Bagi pengambilan ceri ketika waktu makan tengah hari, anda juga boleh mencampurkannya dengan salad atau yogurt.
2. Snek Ringan
Buah ceri pilihan terbaik sebagai snek ringan jika dibandingkan dengan buah-buahan lain terutamanya untuk pesakit diabetes.
3. Corak Tidur
Buah ini juga dikatakan turut memiliki kandungan melatonin, yang dikatakan mampu membantu mengatur corak-corak tidur.
4. Cegah Masalah Jetlag
Minumlah jus ceri 30 minit setelah bangun tidur dan 30 minit sebelum makan malam. Ceri memiliki sumber melatonin yang baik. Malah ceri dikatakan mampu dimakan bagi mengurangkan masalah ‘jetlag’.
5. Awet Muda
Kandungan tinggi antioksidan dalam ceri dikatakan mampu tubuh menentang radikal bebas yang menjadikan diri kelihatan tua.
6. Bagus Untuk Kulit
Meminum segelas jus ceri setiap hari dikatakan mampu memperlahankan proses penuaan. Ini dinyatakan oleh saintis daripada University Michigan State. Buah ceri turut disyorkan sebagai rawatan alternatif  untuk masalah kulit.
7. Kuruskan Badan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, pengambilan ceri adalah amat digalakkan. Ini kerana ceri amat rendah kandungan lemak dan tinggi kandungan airnya. Ceri mampu merangsang tahap tenaga dan mengubahsuai metabolisme untuk kehilangan berat badan yang efektif.
Halang Risiko Kolesterol Tinggi
8. Cegah Diabetes
Anthocyanin, sejenis pigmen yang memberikan warna merah pada ceri boleh mengaktifkan PPAR yang mengatur gen melibatkan metabolisme lemak dan glukos. Ini sekali gus merendahkan faktor-faktor risiko untuk kolesterol tinggi, tekanan darah dan diabetes.
9. Rawat Sakit Sendi
Secawan setengah buah ceri atau secawan jus ceri boleh mengurangkan keradangan otot. Manakala rasa sakit dan kurang selesa akibat sendi membengkak mampu dikurangkan dengan meminum jus ceri sebanyak dua kali sehari selama tiga minggu.
 
10. Cegah Kanser Usus Besar
Kandungan serat pemakanan yang tinggi dalam buah ceri pula dikatakan mampu mengurangkan risiko kanser kolon (usus besar) dan rektum serta penyakit-penyakit lain yang melibatkan saluran pencernaan. Pengambilan secawan buah ceri setiap hari mampu melegakan rasa tidak selesa berikutan dengan penyakit artritis dan gout.
11. Rawat Sakit Kepala Dan Gout
Pengambilan jus ceri masam adalah 10 kali lebih efektif daripada pengambilan aspirin dalam merawat sakit kepala, sakit akibat gout, sakit akibat artritis dan keradangan artritis.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/