11 Khasiat Buah Prune

Khasiat Buah Prune
Khasiat Buah Prune

Khasiat Buah Prune

Buah prune merupakan buah segar yang telah dikeringkan. Sebelum dikeringkan, ia dikenali sebagai buah plum. Prune atau plum tergolong dalam tanaman genus Prunus yang juga bersangkutan dengan buah pic, nektarin dan badam. Kesemua buah ini memiliki biji keras di bahagian tengahnya. Pokok prune ditanam di seluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Turki dan China merupakan negara utama penghasil buah prune di Asia.

Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah prune atau plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.

Antara 11 Khasiat Buah Prune Adalah :

1. Membantu Mengurangkan Risiko Jangkitan Penyakit Alzheimer

Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

2. Penjagaan Mata

Kekerapan memakan buah prune boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah prune juga mengekalkan ketajaman penglihatan.

3. Mengelak Keradangan

Ia juga membentuk ketahanan menentang agen-agen berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.

4. Menggalak Pembentukan Sel-Sel Darah Merah

Buah prune juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.

5. Kaya Vitamin C

Vitamin C di dalam buah prune mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon, osteoartritis dan artritis reumatoid.

6. Mengelak Masalah Sembelit

Isi buah prune rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.

7. Kaya Antioksidan

Buahnya yang kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran sel.

8. Mencegah Sakit Kanser

Kajian mendapati bahawa buah prune memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh.

9. Kaya Zat Besi

Pengambilan buah prune juga dikatakan mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan zat besi dalam tubuh.

10. Mencegah Serangan Sakit Jantung

Buah prune boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.

11. Melancarkan Peredaran Darah

Membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/