11 Petua Anak Tahfiz Al Quran

anak tahfiz Al Quran
anak tahfiz Al Quran

anak tahfiz Al Quran

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai bagi setiap ibu bapa dan menjadi impian untuk melihat anak tahfiz Al Quran dari usia masih kecil lagi.

Untuk anak menjadi tahfiz Al Quran menuntut tahap kesabaran yang tinggi bagi ibu bapa di dalam mendidik dan mengajarnya. Ini kerana anak tahfiz Al Quran adalah sangat istimewa kerana kebolehan mereka menghafal ayat-ayat Al Quran yang tidak mungkin dikuasai oleh ramai orang dewasa.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 13 petua anak tahfiz Al Quran yang patut diamalkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak sedari dalam kandungan ibunya lagi :

1. Bila-Bila Masa

Ajak anak mengulangi surah pendek yang dihafalnya pada bila-bila masa supaya ingatannya dapat ditukar menjadi memori jangkamasa yang panjang. Ini bagus sebagai latihan untuk menjadikan anak seorang tahfiz Al Quran.

2. Selepas Solat

Luangkan masa bersama anak selama 30 minit selepas solat Maghrib untuk mengaji bersama atau mendengar bacaan ayat suci Al Quran yang dibaca oleh ibu bapanya. Dari situ anak akan menjadikannya sebagai contoh yang baik di dalam menjadi seorang yang tahfiz Al Quran.

3. Kad Imbas

Mula mengajar anak mengenali’ Alif, Ba, Ta ‘ menggunakan kad imbas. Paling kurang 2 kali sehari. Pilih 5 huruf untuk minggu pertama. Tambah 5 huruf lagi untuk minggu seterusnya. Ini adalah sebagai langkah permulaan di dalam mendidik anak menjadi tahfiz Al Quran.

4. Umur 4 Tahun Dan Ke Atas

Mula mengatur waktu atau jadual anak untuk menghafal dengan serius. Ajar anak menghafal dan muraja’ah sendiri. Selalu memberikan kata-kata semangat dan waktu menghafal 3 hingga 4 kali sehari. Elakkan menekan anak-anak kerana tekanan akan membuatkan anak merasa tidak selesa dan hilang minat untuk menjadi seorang tahfiz Al Quran.

5. Pasangkan Bacaan Ayat Suci Al Quran

Semasa anak bermain, pasangkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang merdu dan jelas menggunakan telefon, kaset atau DVD. Pasang dan mainkan secara berulang, lama-kelamaan anak akan mula mengikut bacaan sedikit demi sedikit.

6. Mengenal Huruf

Ajar anak mengenal huruf-huruf asas dalam Al Quran dengan cara yang seronok, santai dan sambil bergurau senda dan ketawa.

7. Umur 2 Tahun Dan Ke Atas

Gunakan cara yang sama dengan teknik pengajaran bayi. Jika kemampuan anak kurang, tambah waktu untuk anak menghafalnya. Selalu dengarkan anak dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran.

8. Pemakanan

Beri anak makan makanan yang baik, bersih, halal dan boleh membentuk minda seperti kurma atau kismis. Pemakanan penting di dalam mendidik anak menjadi seorang tahfiz Al Quran.

9. Waktu Tidur

Pasangkan alunan bacaan ayat-ayat suci Al Quran secara perlahan di tempat tidur anak. Jika boleh, pasangkan sehingga waktu pagi sama ada anak dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Masa ini sangat baik untuk memasukkan memori ke dalam hati dan otak bayi di dalam membentuk anak sebagai seorang tahfiz Al Quran

10. Bermula Dari Dalam Kandungan

Mula bacakan ayat-ayat suci Al Quran kepada bayi sejak dari dalam kandungan lagi. Jadikannya ia sebagai satu bentuk komunikasi ibu bapa terhadap anak di dalam perut.

11. Bayi Umur 0 Hingga 2 Tahun

Bacakan surah Al Fatihah. Dibacakan pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Setiap 1 waktu ulang sebanyak 3 kali. Setelah hari kelima ganti dengan surah An-Naas gunakan kaedah yang sama.

Semoga ianya bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/