11 Petua Menjemput Rezeki

Petua Menjemput Rezeki
Petua Menjemput Rezeki

Petua Menjemput Rezeki

Petua menjemput rezeki adalah dengan senantiasa melakukan perkara yang baik, bersikap positif, bersabar dan juga ringan tangan untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan terutama kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Sedarkah kita dalam menjemput rezeki, Allah SWT mengurniakan kita rezeki yang melimpah ruah dan banyak sebenarnya ia bukannya semua milik kita dan sebagai orang Muslim yang mempunyai iman di hati bersedekah dan membayar zakat adalah salah satu cara berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.

Konsep menjemput rezeki ini adalah di luar bidang kekuasaan manusia, kita hanya berusaha dan berbuat baik sesama makhluk namun hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan pemberian rezeki kepada hamba-hamba Nya. Oleh itu bagi mereka yang mempunyai keimanan yang teguh di dalam hati kepercayaan di dalam soal menjemput rezeki melalui perbuatan yang baik hanyalah dengan izin Allah.

Berikut di bawah ini adalah 11 petua menjemput rezeki yang boleh sama-sama kita amalkan di dalam kehidupan kita seharian.

1. Beri Kucing Makan

Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing-kucing yang datang

2. Sedekah Anak Yatim Dan Orang Miskin

Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim dan orang miskin.

3. Sediakan Wang Kecil

Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

4. ‘Tabung Dosa’

Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak ‘tabung dosa’. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

5. Niat Bersedekah

Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga dan kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain).

6. Tidak Mengambil Baki Duit

Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil dan kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya dijadikan sebagai (sedekah atau hadiah).

7. Infaq Mushaf Al-Quran

Belilah mushaf (al-quran). letakkan atau infaqkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap ayat bagi mereka yg membacanya.

8. Menggembirakan Orang Lain

Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus ikhlas.

9. Murah Senyuman

Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Mengampuni Orang Di Sekeliling

Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah dan menzalimimu.

11. Baca Surah Al-Fatihah Dan Al-Ikhlas Untuk Ibu Bapa

Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda membaca surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibu bapa kita, sama ada masih hidup atau yang telah meninggal dunia…

Selamat bersedekah.. Semoga dengan apa yang kita lakukan di atas tadi dengan hati yang ikhlas dapat menjemput rezeki. Aamiin..

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/