11 Tanda Lelaki Cemburu

Teman Lelaki Cemburu
Teman Lelaki Cemburu

Teman Lelaki Cemburu

Lelaki cemburu bukanlah satu isu yang asing untuk kita bincangkan. Adalah amat mustahil jika perasaan cemburu ini kita hanya letakkan pada wanita sahaja. Tanda lelaki cemburu pada pasangannya boleh kita lihat melalui kelakuan, layanan dan perwatakannya secara jelas berubah secara tiba-tiba.

Perasaan cemburu ada bagusnya tetapi jangan jadi terlalu cemburu atau cemburu buta kerana ianya akan menjejaskan hubungan rumahtangga suami isteri dan bagi pasangan yang bercinta ia pastinya satu masalah besar yang harus ditangani baik di pihak lelaki cemburu mahupun perempuan.

Ada masanya di mana lelaki cemburu dengan kita. Ianya antara jelas atau tidak sahaja kerana secara umum lelaki cemburu tidak suka berkongsi masalah dan lebih suka mendiamkan diri jika cemburu sesuatu pada teman wanitanya.

Jadi, admin ingin kongsikan 11 tanda lelaki cemburu pada anda.

1. Mudah Marah

Apa sahaja yang anda lakukan, semua tidak kena. Ada sahaja yang nak dimarahkan. Boleh dikatakan setiap masa, padahal tiada silap yang anda lakukan. Mungkin dengan hanya alasan yang kecil seperti keluar bersama sahabat wanita atau mungkin bekerja sehingga lewat malam di pejabat. Lelaki cemburu seakan tidak memberikan peluang langsung kepada anda untuk menjelaskannya dan terus memarahi anda.

2. Lelaki Cemburu Tidak Gembira Apabila Anda Berkongsi Perihal Seseorang

Anda akan mula perasan tatkala anda teruja untuk bercerita tentang seseorang, pasangan anda kelihatan kurang gembira dan tidak selesa. Tidak kira perihal lelaki atau perempuan tetapi ianya menjadi lebih teruk apabila ianya mengenai seseorang lelaki lain.

3. Kuat Mengongkong

Adakah pasangan anda sering bertanya di mana anda berada dan dengan siapa anda bersama sepanjang masa? Adakah secara tiba-tiba dia mengganggu sesi girls outing anda bersama sahabat? Kerap bertanya pada pukul berapa akan anda selesai? Sememangnya ia baik buat perhubungan untuk memberitahu segalanya, tetapi apabila setiap perkara perlu diberitahu, ini adalah tanda besar pasangan atau teman lelaki cemburu pada anda.

4. Teman Lelaki Cemburu Bersedih Bila Lelaki Lain Puji Kecantikan Anda

Walhal sepatutnya si dia patut berbangga dan mengucapkan terima kasih apabila orang lain memuji akan kecantikan anda, tetapi si dia bertindak sebaliknya. Si dia mula naik berang dan marah.

5. Teman Lelaki Cemburu Dengan Kehidupan Orang Lain

Kekasih anda kerap bercakap perihal kehidupan orang  lain dan bagaimana megahnya kehidupan mereka. Apabila setiap kali bertemu teman lelaki asyik mengulangi tentang perkara yang sama mengenai kehebatan dan kelebihan sahabat anda atau dia, ini menandakan yang teman lelaki anda mempunyai perasaan cemburu yang tinggi.

6. Mengatakan Sesuatu Yang Buruk Tentang Sahabat Anda

Anda sudah membuat inisiatif untuk meluangkan masa bersama sahabatnya. Bahkan juga pernah mencari masa untuk meluangkan masa bersama ibunya. Tetapi apabila tiba masa untuk bersama rakan-rakan anda, dengan tanpa usul sebab, teman lelaki cemburu dan membuat keputusan untuk bercakap perkara-perkara yang buruk dan menyentuh perasaan. Sedangkan rakan-rakan anda tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan si dia, tetapi si dia masih berkeras hati dengan berkata buruk tentang sahabat anda.

7. Merenung Tajam

Tidak kira di mana sahaja anda berada, anda boleh merasakan yang kekasih anda memerhatikan anda dengan sangat terperinci. Ianya seakan si dia sedang memeriksa tentang perlakuan anda bersama orang lain.

8. Mengintip

Apabila teman lelaki cemburu dia akan mula mengintip atau memerhati anda dengan lebih kerap, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar atau mungkin dengan siapa anda bercakap, jadi mungkin ia adalah satu tanda cemburu. Bukan itu sahaja, bahkan apabila si dia sudah mula meminta kata kunci kepada emel, laman sosial media serta lain-lain untuk memeriksa segala perihal yang anda lakukan.

9. Teman Lelaki Cemburu Berkelakuan Pelik

Adakah pasangan anda mula berkelakuan pelik ketika bersama anda? Mungkin menjadi sedikit lebih agresif? Mungkin juga menjadi lebih terlalu mengongkong. Jika anda mengenal pasti cara teman lelaki mula berperangai sebegini, ianya boleh jadi satu tanda yang teman lelaki cemburu pada anda. Ya benar ianya boleh dikaitkan dengan tanda curang, tetapi ianya boleh bercampur pada satu masa yang sama.

10. Mood Swings

Dia mungkin seakan tidak ada apa-apa tetapi sejurus anda mendapat panggilan dari rakan lelaki sepejabat, anda akan melihat si dia seperti terlalu diam dan bertindak pelik. Atau mungkin dia menjadi marah dan secara tak langsung juga melakukan deraan secara fizikal. Mood swings yang berlaku secara tiba-tiba menunjukkan yang teman lelaki anda dalam keadaan cemburu.

11. Berpura-Pura Seolah Tidak Peduli

Apabila teman lelaki anda melihat anda berbual dengan lelaki lain, selalunya dia akan berpura-pura seperti tidak kisah dan ianya ketara yang sebenarnya sedang berpura-pura. Jika dia bertindak atau berkelakuan lain dari biasa, seperti tidak mengendahkan anda atau secara tiba-tiba membangkitkan pergaduhan tanpa sebab serta sekaligus mengaitkan perihal lelaki tersebut untuk menentang anda, ianya secara jelas menunjukkan yang teman lelaki cemburu dan rasa tidak senang dengan anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/