11 Tips Kawal Hipertensi

Tips Kawal Darah Tinggi
Tips Kawal Hipertensi

Tips Kawal Hipertensi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh dikawal daripada awal tanpa ubat. Sebab hipertensi ni adalah penyakit kardiovaskular yang selalunya berpunca daripada amalan gaya hidup yang kurang sihat. Kalau tak dikawal daripada muda, boleh membawa kepada masalah jantung, stroke, kerosakan buah pinggang dan kematian.

 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi

Jangan main-main dengan penyakit berkaitan kardiovaskular. Penyakit hipertensi ni tak terjadi kalau kita ambil langkah daripada awal untuk elak darah tinggi. Sebab once darah tinggi dah tak normal, akan membawa kepada pelbagai penyakit lain yang lebih serius. Kata kuncinya ialah ubah cara hidup ke arah lebih sihat!

1. Dapatkan Sokongan Keluarga Dan Rakan

Untuk kawal tekanan darah dan penyakit hipertensi ini bermula dengan amalan gaya hidup sihat. Kadang-kadang agak mencabar untuk disiplinkan diri sekiranya orang sekeliling kurang sensitif dan tidak memahami. Jadi beritahu mereka akan akan masalah dan target anda dan minta mereka untuk memberikan bantuan sewajarnya. Lagi bagus, sertai kumpulan sokongan online ataupun offline supaya boleh bertukar maklumat dan pendapat berkaitan kesihatan.

2. Periksa Tekanan Darah Secara Berkala

Adalah bagus jadikan amalan untuk periksa tekanan darah secara berkala. Boleh beli alat bacaan tekanan darah dan simpan satu di rumah. Lagi bagus kalau buat pemeriksaan rutin secara berkala dengan doktor. Kadang-kadang kita rasa sihat tapi sebenarnya tak. Pemeriksaan dengan doktor adalah lebih teliti dan doktor boleh nasihatkan sekiranya ada perkara yang perlu diberi perhatian.

3. Kurangkan Stress

Ada banyak punca stress. Sebaiknya kurangkan dan cuba elakkan perkara yang boleh menyebabkan tekanan. Stress boleh meningkatkan tekanan darah dan tak baik untung kesihatan jantung. Kurang rehat dan kurang tidur juga boleh menyebabkan stress. Cuba kawal stress dengan baik terutamanya berkaitan dengan kerja ataupun peribadi. Sekiranya perlu dapatkan nasihat dan cuba bercakap dengan orang yang boleh dipercayai.

4. Elakkan Merokok Dan Menjadi Perokok Sekunder

Merokok boleh menaikkan suhu dalam darah. Secara tak langsung meningkatkan tekanan darah dan sakit hipertensi. Terlalu banyak kesan sampingan akibat daripada merokok. Antaranya sakit jantung, kanser paru-paru, sesak nafas dan sebagainya. Merokok juga tidak membawa apa-apa faedah kepada individu malah memberikan kesan lebih buruk kepada orang sekeliling yang terpaksa menghidu asap rokok. Adalah lebih baik terus berhenti merokok.

5. Elakkan Kafein Berlebihan

Bukan saja kafein menyekat penyerapan zat dan nutrien berkhasiat ke dalam badan secara efektif tapi pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan hipertensi. Kafein juga menyebabkan fungsi tubuh berubah contohnya rasa mengantuk hilang. Sekiranya dijadikan amalan minum kafein untuk hilangkan mengantuk secara berterusan, tekanan darah boleh naik mendadak dan membahayakan kesihatan.

6. Kawal Pengambilan Alkohol

Sebagai Muslim adalah diharamkan untuk minum alkohol. Sebab sememangnya terbukti alkohol langsung tidak membawa apa-apa manfaat kepada kesihatan. Tetapi bagi yang bukan Muslim, kawal pengambilan alkohol agar tak diambil berlebihan. Alkohol boleh menyebabkan hipertensi dan merosakkan jantung dan buah pinggang. Sebaiknya berhenti mengambil alkohol.

7. Amalkan Pengambilan Makanan Tambahan

Pengambilan suplemen seperti CoQ10, B Complex, Vitamin C, Omega 3, Garlic dan Phytocol (penyekat kolestrol) sangat membantu untuk mengawal penyakit hipertensi ini. Kalau anda gugel, boleh jumpa banyaknya manfaat setiap satu suplemen ni untuk kesihatan kardiovaskular dan jantung. Boleh pilih suplemen yang berasaskan semulajadi ni tanpa bahan kimia bahaya daripada rangkaian produk Shaklee.

8. Kawal Berat Badan

Sangat penting untuk pastikan berat badan kita idea. Terlalu kurus pun tak baik dan kalau terlebih berat sampai tahap obesiti pun lagi lah tak bagus. Bila berat badan kurang, selalunya bacaan tekanan darah akan jadi lebih rendah. Sebab jantung tak perlu bekerja terlalu teruk nak pam darah kalau dibandingkan dengan badan yang gemuk.

9. Rajin-Rajinlah Bersenam

Bersenam baik untuk kesihatan. Bersenam secara berterusan dan konsisten boleh bantu mengawal berat badan dan turunkan berat badan berlebihan. Kolestrol berlebihan dalam badan boleh terbakar. Sekiranya tak, kolestrol yang terkumpul akan jadi lemak tambahan dalam badan. Bersenam boleh bantu kurangkan stress dan turunkan bacaan tekanan darah. Peredaran darah juga jadi lebih lancar.

10. Makan Secara Seimbang Dan Sihat

Amalkan makan makanan yang menyihatkan secara seimbang. Elakkan makan berlebihan, makan makanan tinggi lemak, berminyak, bergoreng, makanan manis dan makanan segera atau diproses. Sebab makanan begini mempunyai nilai kalori yang tinggi tapi kurang zat berkhasiat. Pastikan kita lebih banyak ambil buah-buahan dan sayuran segar dan dalam masa sama minum banyak air kosong.

11. Kurangkan Garam Dalam Masakan

Garam antara punca utama penyakit hipertensi dan tekanan darah meningkat naik. Kawal pemakanan bermula dengan menyediakan makanan yang kurang garam dan perasa. Elakkan letak garam berlebihan. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan garam seperti makanan ringan dan makanan diproses. Sebaiknya baca label makanan sebelum membeli makanan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/