11 Tips Penjagaan Brek

Tips Penjagaan Brek
Tips Penjagaan Brek

Tips Penjagaan Brek

Penjagaan brek adalah salah satu bahagian yang sangat penting untuk dititik beratkan, kerana ia akan memastikan kereta boleh berhenti secara selamat apabila ia dikendalikan. Menjadi kebiasaan setiap kali musim perayaan tiba, untuk memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang terbaik bagi memastikan perjalanan kita selamat dan selesa.

11 Tips Dalam Penjagaan Brek Kenderaan.

1. Periksa Minyak

Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum.

AWAS : JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Tukar Pencengkam Yang Dah Haus

Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan kerana kemungkinanan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama mahu memberhentikan kenderaan semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Kebocoran

Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Jenis Minyak

Semasa menambah minyak brek, pastikan ianya jenis yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Kesan Calar

Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, admin cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Masalah Jammed

Kerosakan yang selalu berlaku adalah ‘jammed’ atau tersekat. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskannya dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Kerap Periksa

Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik bahagian hadapan.

8. Sistem

Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan ianya telah ditukar tanpa kebenaran JPJ.

9. Jimat Guna Pelapik

Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik.

10. Gear Rendah

Semasa menuruni bukit yang curam, gunakan gear rendah untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Tukar Pelapik

Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistemnya kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalasnya akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di servis dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/