12 Ciri Isteri Solehah Dan 7 Ciri Isteri Tidak Solehah

solehah

solehah

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya.

Isteri solehah adalah yang menjadi teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1. Isteri solehah mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.

2. Isteri solehah bersikap malu terhadap suami.

3. Isteri solehah berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4. Isteri solehah berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5. Isteri solehah sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6. Isteri solehah sentiasa memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7. Isteri solehah menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8. Isteri solehah tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9. Isteri solehah sentiasa menghormati keluarga suami .

10. Isteri solehah selalu bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11. Isteri solehah tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12. Isteri solehah tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Menjadi suri rumah dan isteri solehah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.

Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di “tempat kerja”, merekalah bos, merekalah kulinya.

Mereka bekerja tanpa cuti dan tanpa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.

Itulah peranan sekilas isteri-isteri solehah yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.

Untuk menjadi seorang isteri solehah, ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Berikut di bawah ini ialah tujuh ciri-ciri isteri yang tidak solehah iaitu :

1. Ketika suamimu pulang dari kerja, kamu masih sibuk di rumah, tidak menyambutnya di pintu malah tidak memberikan senyuman dalam keadaan dia kepenatan.

2. Makanan suami bukan lagi dari air tanganmu sebaliknya air tangan mamak Restoran. Pakaian suami diberikan kepada tukang dobi untuk dicuci dan digosok.

3. Ketika suami marah menegur mu, kamu menjawabnya dengan leteran dan meninggikan suara kepadanya.

4. Ketika suami duduk bersamamu di rumah, baumu tidak menyenangkan, pakaianmu tidak bersih dan tidak menarik.

5. Rahsia rumah tanggamu diceritakan kepada ibumu, kakak dan juga sahabat handaimu.

6. Tidak berlaku baik dengan keluarga suami malah menghasut suami sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap keluarga suamimu.

7. Tiba waktu solat, kamu tidak mengejutnya bangun untuk solat dan tidak menyuruh melakukan ketaatan, tidak meminta suamimu bertaubat dari dosa dan tidak meminta suami meninggalkan maksiat.

Ya Allah, kurniakan kepada pemuda Islam dengan isteri yang solehah dan kurniakanlah kepada perempuan Islam dengan suami yang soleh.

Wallahualam..

Semoga institusi keluarga islam menjadi lebih kukuh dengan ikatan ukhuwah yang lahir dari Penciptanya dan semoga bermanfaat.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/