12 Kebaikan Minyak Zaitun

Kebaikan Minyak Zaitun
Kebaikan Minyak Zaitun

Kebaikan Minyak Zaitun

Zaitun adalah merupakan sejenis spesis daripada tanaman yang tertua di dunia. Minyak zaitun atau olive oil sangat terkenal dengan fungsinya yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Minyak zaitun diperoleh dari buah dan biji zaitun yang matang. Ia pecah sendiri lalu menghasilkan minyak untuk kegunaan kecantikan wajah, kulit, rambut dan kesihatan.

Khasiat minyak zaitun sememangnya tidak terkira. Jadi, pada artikel kali ini admin akan berkongsi beberapa khasiat minyak zaitun yang amat menakjubkan. Minyak zaitun yang ada dipasaran telah diklasifikasikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:

1. Extra Virgin Olive Oil

Hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.

2. Virgin Olive Oil

Perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.

3. Pure Olive Oil atau Olive Oil

Melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.

4. Extra Light Olive Oil

Hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.

Antara 17 kebaikan minyak zaitun kepada manusia adalah :

1. Mengatasi Masalah Kulit Merekah

Bukan itu sahaja, khasiat minyak zaitun terbukti untuk mengatasi keregangan dan masalah kulit merekah bagi ibu hamil. Sapukan minyak zaitun di kawasan yang bermasalah 3 kali sehari.

2. Menegangkan Payudara

Selain daripada melembutkan permukaan kulit payudara, ia juga sangat efektif untuk menegangkan payudara. Bagi para ibu yang merasakan payudara makin mengendur, gunalah minyak zaitun untuk menegangkannya kembali.

3. Melembutkan Payudara

Bagi wanita pula, khasiat minyak zaitun dapat membantu melembutkan dan membersihkan kulit payudara. Sapukan minyak zaitun sebagai masker payudara, ia dapat menanggalkan sel-sel kulit mati pada payudara anda.

4. Merawat Pesakit Alzheimer

Minyak zaitun merupakan sumber vitamin K. Vitamin K membantu meningkatkan kekuatan tulang dan ianya sangat baik bagi pesakit Alzheimer untuk merawat kerosakan sel saraf di bahagian otak.

5. Menghilangkan Parut Jerawat

Ia berfungsi untuk merawat kulit dan sesuai dijadikan masker untuk menghilangkan parut jerawat dan melembutkan kulit.

6. Kaya Vitamin E

Diperkaya dengan vitamin E. Pada 100g minyak zaitun, ekstra virgin mengandungi vitamin E alpha tocoperol sebesar 14.39 mcg. Vitamin E adalah zat antioksidan larut lemak yang kuat dan ia diperlukan untuk menjaga integrasi sel membran, selaput lendir dan kulit dengan cara melindunginya dari radikal bebas.

7. Penjagaan Organ Dalaman

Bagi merawat penyakit yang berkaitan dengan organ dalaman seperti gastrik, masalah hati, penkreas, ginjal mahupun buasir, minum sesudu minyak zaitun 2 kali sehari.

8. Tahan Lama Di Ranjang

Bagi merawat lelaki yang pancut awal juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai penawarnya. Lumur dan urut minyak zaitun pada seluruh zakar sejam sebelum bersama, In shaa Allah dapat berjimak dan tahan lama.

9. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Pesakit darah tinggi yang mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka boleh menurunkan tekanan darah tinggi yang dihadapi.

10. Mengurangkan Kolesterol

Selain itu, khasiat minyak zaitun juga terbukti dapat mengurangkan kolestrol merbahaya di dalam tubuh tanpa menganggu kolestrol yang bermanfaat di dalam tubuh badan anda.

11. Membakar Lemak

Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan, kandungan minyak ini boleh mengurangkan kadar lemak dalam makanan dan mengurangkan risiko terjadinya penyumbatan (thrombosis) dan saluran darah (arteriosklerosis).  

12. Anti-Kanser

Para pengkaji juga yakin bahawa khasiat minyak ini dapat menurunkan risiko serangan kanser seperti kanser kolon, kanser rahim, kanser kulit dan kanser ovarium, di samping pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/