12 Khasiat Asam Jawa

asam-jawa_20150430_140800

asam-jawa_20150430_140800

Banyak kebaikan dan kegunaan asam jawa. Dikatakan memakan buah asam jawa mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam tubuh sekali gus merangsang kesihatan jantung.  Jus asam jawa dikatakan mampu bertindak sebagai julap ringan. Jus asam jawa dikatakan amat berguna menyembuhkan sakit tekak yang sakit akibat anda selalu pergi berkaraoke dan menjerit atau bersorak.

Selain bagus untuk kesihatan, asam jawa juga banyak berguna di dalam menyediakan makanan seperti penggunaan air asam jawa untuk memasak asam pedas pasti membuatkan sesiapa saja terliur pada bulan puasa begini. Hehehe..

Baiklah, mari admin kongsikan bersama pembaca 12 khasiat dan kebaikan asam jawa di dalam mencegah, merawat dan menyembukan penyakit.

1. Rawat Sakit Hempedu

Jus yang di ekstrak daripada buah asam jawa dikatakan berkesan dalam menyembuhkan dan merawat penyakit hempedu.

2. Sistem Pencernaan

Pengambilan jus asam jawa juga dikatakan mampu melancarkan fungsi sistem pencernaan tubuh.

3. Rawat Masalah Skurvi

Buah asam jawa yang kaya dengan vitamin C ini dikatakan amat bernilai dalam mencegah dan merawat masalah skurvi (suatu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C dan terjadi akibat pengambilan diet yang tidak mengandungi buah-buahan segar dan sayur-sayuran).

4. Mencegah Kanser

Buahnya dikatakan mampu menentang kanser. Ini adalah kerana asam jawa memiliki sumber anti oksidan yang tinggi sekali gus mencegah dan menyembuhkan kanser.

5. Cegah Sembelit

Pulpa buah yang masak dikatakan berguna untuk merawat masalah pencernaan dan sembelit.

6. Tambah Selera Makan

Pulpa yang dilembutkan melalui cara direndam di air dikatakan boleh dimakan untuk memperbaiki kehilangan selera makan.

7. Menyembuhkan Sakit Konjunktivitis

Jus pulpa asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk menyembuhkan konjunktivitis.

8. Rawat Masalah Mata Kering

Ubat titis mata yang diperbuat daripada biji-biji asam jawa dikatakan mampu merawat masalah sindrom mata kering.

9. Rawat Sakit Sendi 

Pulpa, daun dan bunga pokok asam jawa yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada sendi yang membengkak dan sakit.

10. Rawat Demam

Bahagian daun pokoknya mengandungi sifat-sifat julap, astringen dan mengurangkan demam.

11. Rawat Tekanan Darah Tinggi

Bunga pokok asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

12. Rawat Sakit Asma

Kulit pokok asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk merawat asma.

Ternyata dengan menggunakannya, kesihatan anda boleh terjaga kerana khasiat yang terdapat di dalamnya sangat berguna untuk merawat dan mencegah banyak penyakit. Usahakan dulu untuk kepuasan dan janji kaedahnya betul. Semoga bermanfaat untuk anda, wanita!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/