12 Petua Ilmu Hutan

Ilmu Hutan
Petua Ilmu Hutan

Petua Ilmu Hutan

Ilmu hutan amat penting kepada kaki pancing, pendaki gunung dan mereka yang suka melakukan ekspedisi berkhemah di dalam hutan. Untuk masuk ke dalam hutan ilmu hutan adalah penting untuk mereka kerana banyak pantang larang yang harus dipatuhi. Bagi mereka yang tiada pengalaman memasuki hutan untuk melakukan aktiviti berkhemah pastikan anda ajak bersama orang lama yang berpengalaman dan tahu pasal ilmu hutan.

Kebiasaannya ilmu hutan yang kita dapat dan belajar datangnya daripada pengalaman sendiri memasuki hutan, Orang Asli, orang lama yang tahu pasal selok belok hutan, Abang Askar dan Renjer atau Polis Hutan. Mereka ini bukan calang-calang orang yang selalu memasuki hutan ini jika tiada ilmu di dada memang boleh sesat di tengah-tengah hutan. Selain gangguan haiwan-haiwan liar dan buas, alam bunian dan jin juga boleh menyebabkan kita sesat di dalam hutan.

Mari kita bersama-sama ketahui 12 petua ilmu hutan yang sangat berguna apabila kita memasuki hutan untuk apa jua aktiviti berkhemah atau pergi memancing dan jangan lupa untuk pratikkan perkara-perkara di bawah ini.

1. Bunyi Bising Unggas

Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sunyi sepi, mesti ada apa-apa yang tak kena. – ilmu hutan belajar dengan Orang Asli.

2. Selesaikan Kerja Sebelum Jam 5.00 Petang

Biasanya, bila kami di dalam hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dan lain-lain) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5.00 lebih, hutan dah mula gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. – belajar daripada pengalaman.

3. Makan Makanan Yang Dimasak Seperti Ikan Bakar.

Semasa kat dalam hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan atau tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. – ilmu hutan ni belajar dengan kaki pancing lain.

4. Binatang Besar.

Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya contoh kemunculan haiwan pemangsa dan haiwan yang besar seperti harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. – belajar ilmu hutan dengan Orang Asli.

5. Lumut Taik Kera.

Kalau kita jalan di waktu malam, terutama di dalam hutan yang padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya warna hijau..ala-ala benda yang pantul cahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan dan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni di waktu malam, In Shaa Allah..tak akan langgar pokok.

6. Ular Tedung

Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah-acah bagi kepala ular tedung tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur pelahan-lahan. – belajar ilmu hutan dari Orang Asli.

7. Kera Dan Lutong Dan Spesis Yang Sama.

Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kayu yang kita libas tadi. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) – belajar ilmu hutan dari Abang Askar.

8. Harimau.

Kalau pergi memancing dalam hutan, dan di dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan pemangsa yang menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. – belajar ilmu hutan dari Orang Asli.

9. Beruang Madu.

Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecik tu, sekerat pinggang dengan dada kaler oren),kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. – belajar ilmu hutan dari Orang Asli.

10. Nak Masak Air.

Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya, tikus, rusa, kancil, babi hutan dan lain-lain binatang liar akan kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik air untuk dimasak yang tengah-tengah. – belajar dengan Abang Askar.

11. Tanda-Tanda Kepala Air.

Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih-buih halus timbul. Itu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dan lain-lain warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, Bentong..saya dah kena. Tambah sikit, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat dari biasa, dari kejauhan dah dengar.

12. Kepala Air.

Kalau khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian atau kawasan yang pokok-pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- ilmu hutan belajar dengan kaki pancing.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/