12 Tips Bajet Kahwin

bajet kahwin
bajet kahwin

bajet kahwin

Tips kali ini mengenai bajet kahwin yang selalunya menjadi perkara utama selalu dibincangkan oleh bakal pengantin baru. Bajet kahwin perlu bagi merancang kesempurnaan sesebuah majlis perkahwinan itu dengan setiap perkara diteliti mengikut kemampuan tuan rumah.

Setiap pasangan pasti mahukan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Kalau boleh, ianya mahu kelihatan seperti majlis kahwin selebriti popular! Tidak salah jika  berkemampuan asalkan tidak membebankan diri masing-masing. Apapun, nak kahwin sudah tentu memerlukan duit yang banyak untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.

Setelah habis berbelanja untuk majlis perkahwinan di kedua-dua belah pihak, bagaimana pula dengan kehidupan anda dan pasangan selepas berkahwin kelak. Sudahkah anda dan pasangan berfikir sejauh itu? Bakal pengantin perlu bersedia dari segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Perlu tahu tentang bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya selepas berkahwin anda dan pasangan tidak berdepan dengan konflik kewangan.

Mari admin kongsikan 12 tips bajet kahwin yang perlu diteliti oleh bakal pengantin untuk dijadikan sebagai panduan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing agar tidak membebankan :

1. Buka Akaun Khas Untuk Bajet Kahwin Sahaja
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.

2. Elakkan Berbalas Hantaran
Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi untuk jimatkan bajet kahwin. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi di kalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba untuk menunjuk-nunjuk kerana kelak anda yang tanggung kesannya. Pedulikan mulut orang yang mengata dibelakang yang penting anda berbelanja mengikut kemampuan.

3. Tempahan Awal Dan Dapatkan Pakej Diskaun
Bajet kahwin yang jimat selalunya berkait rapat dengan tempahan awal dan pakej diskaun yang ditawarkan oleh  perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan oleh kenalan atau sahabat handai yang menawarkan khidmat sebegitu. Ia juga dianggap sebagai sponsor separuh harga. Hehe

4. Kawal Diri Dari Membeli Gajet Elektronik Terbaru
Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinan anda kelak. Orang cakap buat top up-top up.

5. Ketepikan ‘Standard’ Anda
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia dan ramai hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang gah.

tips bajet kahwin

6. Jumlah Tetamu Jemputan
Tetapkan jumlah tetamu jemputan yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet kahwin dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu jemputan, anda dapat mengira bajet kahwin untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

7. Sewa Busana Pengantin
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas pakai, anda perlu pulangkan semula pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu sekaligus membantu menjimatkan bajet kahwin anda.

8. Beli Belah Ketika Sale (Diskaun)
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.

9. Elak Gunakan Kad Kredit
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.

10. Buat Secara Gotong Royong (Kendarat)
Majlis yang diadakan secara gotong royong atau kendarat adalah lebih jimat berbanding katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda. Biasanya gotong royong ini dibuat pada majlis kahwin di kampung-kampung atau felda.

11. Catu Perbelanjaan Setiap Bulan
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda sekaligus membantu di dalam bajet kahwin anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.

12. Berhenti Merokok
Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya yang boleh dimasukkan ke dalam bajet kahwin anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/