13 Fakta Menarik Nasi

nasi

nasi

Siapa rakyat Malaysia yang tak pernah tidak makan nasi? Mungkin seorang dalam 100 orang masyarakat kita yang beri jawapan ya. Rata-rata masyarakat kita menjadikannya sebagai makanan harian semenjak kecil, tapi mungkin bila sudah dewasa telah meninggalkan makanan ini kerana percaya dengan diet.

Nasi ayam, nasi beriyani, nasi Kak Wok, nasi minyak, nasi lauk dan pelbagai lagi. Kepelbagaian menu yang lain yang dihidangkan dengan nasi menjadikan makanan lain lebih mnyelerakan. Namun, di zaman moden ini, ada yang beranggapan ia merupakan satu makanan yang mengganggu proses diet, malah perlu ditinggalkan.

Mari kita lihat 13 fakta menarik tentang nasi seperti dibawah ini :

1. Kaya Dengan Vitamin

Nasi itu banyak mengandung vitamin dan mineral misalnya niacin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, thiamine, dan riboflavin.

2. Mendatangkan “Mood” Baik

Tahukah anda, karbohidrat yang terdapat dalam nasi merancakkan pengeluaran serotonin, iaitu percantuman kimia dalam otak yang membuatkan jiwa kita riang. Kajian menunjukkan orang yang mengamalkan diet selama setahun dengan mengambil 1/2 nasi atau roti sahaja cenderung kepada masalah dipresi dan cepat marah.

Bak kata pepatah, “senang perut, suka hati”!

3. Baik Untuk Tulang Dan Gigi

Merupakan vitamin untuk tulang dan menjadikan pertumbuhan tulang sempurna. Kandungan kalsiumnya yang tinggi adalah sangat baik untuk mencegah osteoporosis dan menguatkan gigi.

4. Baik Untuk Perut

Selain mengenyangkan, ia juga baik untuk perut dan untuk merawat cirit birit. Sekam padi yang berusia tiga bulan mempunyai diuretic properties. Sebab itu antara kepercayaan masyarakat cina ialah ia mampu meningkatkan selera makan dan baik untuk sistem pencernaan.

5Mengandungi Gluten

Bagi penghidap penyakit coeliac disease dan mereka yang alahan pada makanan yang mengandungi gluten biasanya akan meninggalkan makan nasi kerana menyangka ia mengandungi gluten yang tinggi. Walhal, ia adalah makanan yang bebas gluten, dibandingkan dengan roti, mee, oat dan makanan gandum yang lebih tinggi kandungan gluten nya.

6. Tidak Mengandungi Protien

Selain karbohidrat, sebenarnya nasi juga mengandungi protien yang tinggi berbanding makanan bijirin yang lain. Nasi juga merupakan jenis makanan dengan indeks glesemia yang tinggi, yang mampu meningkatkan tryptophan, iaitu protien dalam tubuh.

7. Mengandungi Garam Yang Tinggi

Nasi adalah makanan yang diciptakan tanpa garam di dalamnya, melainkan orang yang mencampurkannya dengan garam. Jadi, pesakit darah tinggi tidak perlu takut dengan nasi.

8. Menggemukkan

Makanan apa pun jika diambil secara berlebihan, pasti akan menggemukkan. Cerita mengenai nasi menggemukkan adalah tidak betul kerana ia bebas lemak dan kolestrol, malahan mengandungi karbohidrat yang menjadi sumber tenaga untuk badan. Asalkan, makan dengan kuantiti yang betul.

9. Sumber Tenaga

Umum mengetahui nasi mengandungi karbohidrat yang tinggi. Kebaikan karbohidrat ialah sebagai sumber tenaga untuk badan. Jadi nasi bukan melemaukan badan anda, tapi menjadikan anda lebih bertenaga, asalkan makan jangan lebih-lebih!

10. Diet Tanpa Lemak Dan Kolestrol

Biasanya orang yang dalam mood cuba sedaya mungkin untuk elakkan makanan berlemak dan berkolestrol. Nasi adalah pilihan terbaik kerana langsung tidak ada lemak dan kolestrol, malah bagi tenaga kepada anda.

11. Makanan Untuk Darah Tinggi

Bagi pesakit darah tinggi, nasi adalah pilihan terbaik untuk mengenyangkan perut tanpa perlu takut-takut dan boleh diamalkan selalu kerana ia tidak mengandungi garam yang tinggi. Tapi jangan salahkan nasi kalau kadar darah anda naik jika makanan yang dihidangkan dengan nasi tinggi kadar garamnya!

12. Baik Untuk Jantung

Dengan meningkatkan pengambilan makanan serat mudah larut seperti beras merah sebanyak 5-10 gram sehari, anda akan dapat menurunkan kadar kolestrol hingga 5%. Ini sangat baik untuk mengelakkan kolestrol berlebihan dalam jantung hingga menyebabkan sakit jantung.

13. Cegah Kanser

Nasi cegah kanser? Tipu la! Ya betul. Beras gandum seperti beras perang nutrisinya sangat kaya dengan serat mudah larut. Ramai penyelidik makanan percaya bahawa serat mudah larut ini sangat penting untuk melindungi badan daripada pembiakan sel kanser.

P/s : Jangan salahkan nasi kalau anda gemuk, tapi salahkan diri yang ceduk nasi menggunung.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/