13 Kesalahan Ketika Berpuasa

Berpuasa
Berpuasa

Berpuasa

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah kewajipan bagi semua umat Islam yang sihat tubuh badan dan akil baligh. Dengan berpuasa kita dapat mendidik hati kita supaya bersabar dan juga menjaga hawa nafsu dari melakukan maksiat. Bulan penuh kerahmatan ini adalah bulan untuk kita sama-sama meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.

Namun dalam kita berpuasa masih lagi ada kesalahan-kesalahan besar yang masih kita lakukan. Dan mengikut kajian di antaranya admin sertakan 13 kesalahan besar ketika berpuasa di bawah ini.

1. Menghimpunkan Makan Malam Dengan Berbuka Puasa Adalah Kesilapan.

Berbukalah puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi kandungan potasium ) dan air kosong. Sebab berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hipotalamus (otak dalam otak). Salah satu caranya, elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka puasa. Hipotalamus yang keletihan ketika kita berpuasa di siang hari berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Hal ini boleh menyebabkan masalah serius kepada kesihatan.

2. Jangan “Window Shopping” Di Bazar Ramadhan.

Ini kerana pada waktu itu fungsi kawalan hipotalamus dalam mengawal nafsu makan amat lemah setelah bekerja seharian iaitu berpuasa daripada mula waktu Subuh untuk mengawal kerja-kerja pembongkaran di hati menyebabkan kita hilang pertimbangan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran.

3. Jangan Lewatkan Solat Maghrib.

Hasil daripada pembongkaran glukogen tepu di hati semenjak dari pagi akan menghasilkan tenaga yang sangat banyak, tenaga ini untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak atau diagihkan kepada sel-sel dalam tubuh, hasil daripada pergerakan solat 13 rakaat yang berulang-ulan serta gema tenaga persekitaran pada waktu azan Maghrib itu itu akan menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh tubuh kesan daripada puasa sepanjang hari akan dapat diserakkan ke dalam nukleus sel dan digunakan dengan sempurna. Oleh sebab itu solat Maghrib perlu disegerakan… Allahu akbar…

4. Selepas Solat Maghrib, Balik Terus Makan Malam.

Secara automatik kita akan makan secara baik dan sedikit serta sudah boleh mengawal nafsu makan ketika berpuasa. Menu makan malam jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan satu jenis makanan ruji (contoh Nasi), lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas Makan Malam, Sangat Baik Kita Mandi Dengan Air Sejuk.

Jangan pakai pemanas air atau heater ketika mandi malam. Boleh pakai air batu untuk tambah sejuk. Jangan risau kaitan mandi malam dengan sakit paru-paru berair. Itu semua tiada sokongan dari fakta dan nasihat daripada pihak doktor. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah menyuruh kita segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung dengan cara basahkan rambut tanpa basahkan badan dengan air untuk elak paru-paru berair.

6. Minum Susu Segar

Selepas mandi, sebelum pergi solat Isyak minum setengah cawan susu segar dicampur dengan 3 biji kurma dan satu sudu teh madu lebah yang dikisar halus.

7. Solat Terawih Dengan Perlahan Dan Santai

Pergi ke masjid awal untuk solat Isyak berjemaah dan juga sembahyang terawih, solat dengan perlahan dan santai. Jangan terlalu tergopoh-gapah kelak akan membuatkan anda cepat penat dan balik awal dengan melakukan 8 rakaat sahaja solat Terawih akibat keletihan .

8. Ambil Makanan Ringan

Kalau nak ambil makanan selepas solat Terawih pastikan jangan yang berat-berat ambil makanan yang ringan-ringan dan sedikit sahaja. Ini kerana makan selepas pukul 10.30 akan memberi kemudaratan yang besar. Pada masa ini tenaga sudah cukup penuh di dalam badan kita. Pada masa ini aktiviti yang terbaik adalah dengan bertadarus Al-Quran kerana pada masa ini, tenaga akan membawa input terbaik ke dalam otak dan hati.

9. Tidur Sebelum Jam 12 Malam

Selepas itu sebaiknya tidur sebelum jam 12 malam untuk merehatkan tubuh badan dan otak anda. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan asidifikasi 3 kali ganda antara salah satu sebab kandungan kolestrol meningkat dalam darah.

10. Bangun pukul 3 pagi untuk Qiamullail.

Sunat kejutkan ahli keluarga dengan merenjis air sejuk dengan hujung jari. Digalakkan untuk mandi dan tiada masalah kesihatan sebelum Qiamullail.

11. Solat Sunat.

Sempurnakan sekurang-kurangnya 10 rakaat solat sunat, Solat sunat wuduk (2 rakaat), solat sunat taubat (2 rakaat), solat sunat tahajjud (4 rakaat 2 kali salam), solat sunat hajat (2 rakaat) dan 3 rakaat witir bagi yang belum menunaikan solat witir selepas solat Terawih malam tadi.

12. Sambung Tidur.

Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan, 1/4 keselesaannya daripada waktu tidur sebelumnya. Pada masa ini di langit ada spektrum berwarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah SWT menganugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

13. Bangun Sahur

Bangun sahur. Sebaik-baik sahur adalah 1/18 dari makan malam.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/