13 Tips Murah Rezeki

doa murah rezeki
doa murah rezeki

doa murah rezeki

Apa yang dimaksudkan dengan murah rezeki? Dan bagaimanakah caranya untuk kita untuk dimurahkan rezeki selain cara berusaha bersungguh-sungguh iaitu dengan bekerja atau berniaga.

Tiada apa yang paling bernilai dalam hidup ini, selain memiliki sebuah keluarga bahagia. Tambah menggembirakan lagi, apabila keluarga kita dikurniakan rezeki yang halal, berkat, dan barokah yang melimpah ruah. Sesungguhnya murah rezeki itu amat berkait rapat hubungan kita dengan Allah SWT, sesama makhluk dan yang paling penting keluarga kita.

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah SWT melimpahi hambaNya dengan keluasan dan murah rezeki dan merasa kaya dengan nikmat pemberianNya. Berdasarkan konsep murah rezeki yang telah diperkatakan, Allah SWT memberi jalan buat setiap hambaNya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Di antaranya adalah 10 tips murah rezeki dibawah :
1. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah SWT dan menjadi sebab Allah SWT  membuka pintu agar murah rezeki. Rasulullah SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “ Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah SWT kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah akn memperbanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah SWT menyedikitkan baginya.  (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
2. Melazimi Solat Tahajjud
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah SWT.
3. Menjalin Dan Menjaga Hubungan Silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Riwayat Bukhari)
4. Berpagi-Pagi Membuka Pintu Rezeki
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat untuk murah rezeki.
5. Perbanyakkan Buat Kebajikan
Ibnu Abbas berkata : “ Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. 
6. Beribadah Kepada Allah SWT
Allah SWT tidak akan sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi:
“ Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

7. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah SWT, yang menjadi sebab Allah SWT kasih dan kasihan akan hambaNya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW ; “ Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
8. Tinggalkan Maksiat
Istighfar tidak akan diterima di sisi Allah SWT jika kita masih membuat dosa dan maksiat. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW ;
… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat At-Tirmizi)
9. Sentiasa Mengingati Allah
Banyak mengingati Allah hati akan menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah SWT beri kepada orang-orang yang beriman. Firman-Nya: “ (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram. (Ar-Ra’d: 28)
10. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan dimurahkan rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda SAW juga bersabda: “ Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah SWT akan memanjangkan umurnya.  (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan Al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab murah rezeki, berdasarkan sabda
Rasulullah SAW : “ Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah SWT) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
11. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW :
 Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu. (Riwayat Bukhari)
12. Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah SWT lapangkan dan murah rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “ Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya… (Riwayat Muslim)
13. Perbanyakkan Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
 Semoga ianya bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/