14 Khasiat Limau Purut

Khasiat Limau Purut
Khasiat Limau Purut

Khasiat Limau Purut

Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.

Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera. Selain itu juga masakan terkenal Thailand seperti masak Paprik juga menggunakan daun limau purut di dalam masakan untuk membangkitkan bau yang begitu menyelerakan.

Mari kita lihat 15 khasiat dan kebaikan buah limau purut kepada manusia.

1. Perubatan Tradisional

Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.

2. Bahan Jampi

Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.

3. Bahan Masakan

Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.

4. Perubatan

Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.

5. Kesihatan Gigi Dan Gusi

Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.

6. Produk Mandian

Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.

7. Pencuci Rambut

Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.

8. Mencuci Pakaian

Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.

9. Peluntur

Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semulajadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.

10. Awet Muda

Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.

11. Mandi Wap

Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.

12. Tonik

Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.

13. Produk Penjagaan Diri

Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

14. Merawat Luka

Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/