15 Jenis Maksiat Undang Bala

Maksiat Undang Bala
Maksiat Undang Bala

Maksiat Undang Bala

Maksiat adalah perlakuan yang dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT daripada dilakukan oleh umat manusia di atas muka bumi ini atas sebab-sebab yang banyak mendatangkan mudarat dan keburukan kepada diri sendiri, orang lain mahu pun makhluk-makhluk lain yang hidup di atas muka bumi ini.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah SAW bersabda : ” Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan diturunkan kepada mereka iaitu.. “

1. Melaknat Generasi Pertama (Sahabat)

Maksiat yang dilakukan oleh generasi akhir zaman umat ini melaknat atau menyalahkan generasi pertama yakni sahabat atau orang yang hidup pada zaman dengan mereka itu.

2. Muzik Banyak Dimainkan

Maksiat dengan alat muzik dan hiburan yang berbentuk lagha banyak dimainkan dan melalaikan manusia pada akhir zaman tanpa mengira waktu dan ramai yang meninggalkan solat atau melambat-lambatkan solat kerana hiburan yang melalaikan itu tadi.

3. Artis Disanjung

Para artis disanjung dan dijadikan ikutan sedangkan ramai alim ulama yang boleh dijadikan rujukan dan contoh tetapi mereka ini memilih artis yang jahil sebagai contoh ikutan.

4. Kain Sutera Ramai Dipakai Oleh Lelaki

Kain sutera yang sebelum ini dipakai oleh kaum wanita sahaja, pada akhir zaman akan menjadi perhiasan dan pakaian oleh ramai kaum lelaki kerana menunjukkan kekayaan dan imej mereka pada orang ramai.

5. Arak Diminum Di Merata Tempat

Mereka yang melakukan maksiat dengan minum arak tidak lagi malu dengan melakukannya di tempat terbuka dan tiada rasa malu lagi kerana ramai yang minum arak berbanding dengan orang yang tidak minum arak.

6. Seorang Dimuliakan Kerana Kejahatannya

Maksiat dengan masyarakat menyanjung dan memuliakan pemimpin yang korup atau penjenayah yang zalim kerana ditakuti kejahatannya yang boleh menganiaya dan melakukan kemudaratan kepada masyarakat melalui kuasa dan pengaruhnya.

7. Orang Hina Menjadi Pemimpin

Orang yang dihina kerana peribadi yang tidak elok dan diketahui akan ketidakjujurannya dan tidak amanah dilantik menjadi pemimpin atau ketua satu kaum.

8. Suara Ditinggikan Di Dalam Masjid

Masjid atau rumah Allah tidak dihormati lagi sebagai tempat beribadat dan majlis ilmu apabila suara sudah mula ditinggikan di dalam masjid oleh orang-orang yang fasik.

9. Menjauhkan Diri Dari Ayah Kandung

Menjauhkan diri atau mengelak daripada untuk meluangkan masa bersama ayah kandungnya kerana kisah-kisah silam sedangkan sebagai anak, tiada hak untuk menghukum kesalahan ayahnya.

10. Berbaik Dengan Kawan-Kawan Berbanding Ahli Keluarga Sendiri

Maksiat jenis ini manusia yang berbaik dengan melebihkan kawan-kawannya berbanding adik beradik atau ahli keluarga sendiri. Jika kawan meminta pertolongan dengan cepat dan sepantas kilat dia menghulurkan bantuan, berbeza dengan ahli keluarga yang meminta tolong dengan memberikan banyak alasan.

11. Anak Derhaka Terhadap Ibunya

Maksiat jenis ini akan berleluasa pada akhir zaman di mana anak sudah tidak menghormati ibu bapa dan lebih menyedihkan lagi sanggup menderhaka terhadap ibunya yang mengandung dan melahirkannya.

12. Suami Turut Kehendak Isteri

Suami menjadi lelaki dayus dengan menuruti segala kehendak isteri walaupun dia tahu perkara yang diminta oleh isteri itu bertentangan dengan hukum Islam.

13. Zakat Dijadikan Hutang

Maksiat jenis zakat dijadikan hutang dan badan-badan yang berkewajipan menyalahgunakan kuasa dengan menggubal dan menjadikan sistem kutipan zakat ditukar kepada sistem hutang dan membebankan orang ramai. Begitu juga sebaliknya orang yang diwajibkan membayar zakat tidak menunaikannya dengan segera malah menjadikannya sebagai satu senarai hutang yang akan dilangsaikan.

14. Sikap Amanah Dijadikan Sumber Keuntungan

Maksiat jenis ini melibatkan seseorang yang berkuasa diberikan amanah untuk menjaga kebajikan dan dana daripada tabung orang awam tetapi menjadikannya sebagai satu sumber keuntungan demi kepentingan diri sendiri.

14. Harta Negara Beredar Pada Kroni

Maksiat jenis ini dengan menjadikan harta negara sebagai sumber pendapatan ahli keluarga sendiri dan kroni-kroni beredar pada orang-orang yang tertentu dan mempunyai kepentingan peribadi sedangkan rakyat hidup di dalam kesusahan menanggung beban cukai yang tinggi dikenakan.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan di atas dan dihindarkan daripada lima belas jenis maksiat di atas.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/