15 Kebaikan Menyusukan Anak

Ayat Al-Quran tentang Penyusuan Susu Ibu

Ayat Al-Quran tentang Penyusuan Susu Ibu

Menyusukan anak adalah satu aktiviti sihat untuk para ibu yang baru bersalin. Ini adalah kerana dengan menyusukan anak dengan susu badan segala khasiat akan diserap oleh bayi untuk membesar dengan imun dan antibodi yang kuat bagi melawan penyakit. Menyusukan anak dapat membina hubungan di antara ibu dengan anak atau ayah dengan anak. Ini kerana menyusukan anak tidak semestinya hanya dilakukan oleh kaum ibu. Ia juga boleh dilakukan oleh kaum lelaki iaitu bapa atau ayah kepada bayi tersebut namun bukanlah susu badan yang dimaksudkan oleh admin tetapi susu formula yang telah dibancuh atau susu badan yang telah dipam awal oleh isteri dan disimpan di dalam peti ais untuk bekalan kepada bayi sekiranya si ibu kembali bekerja dan bayi dihantar kepada pengasuh.

Berikut di bawah adalah FAKTA 14 Kebaikan Menyusukan Anak :

1. Antibodi dan imun tubuh badan anak kuat untuk melawan penyakit sekiranya susu badan yang diberi oleh ibu mencukupi kepada bayi dalam tempoh 2 tahun tumbesarannya.

2. Membina hubungan yang positif, tindak balas, berinteraksi, komunikasi dan kasih sayang diantara ibu dan anak atau ayah dan anak ketika menyusukan anak.

3. Anak merasa selesa dan emosi yang cukup stabil ketika berada dibawah jagaan pengasuh sekiranya anak mendapat layanan yang sebaiknya ketika menyusu di rumah.

4. Dari sudut ajaran Islam pula, untuk setiap titik susu badan ibu yang diberikannya kepada bayi, si ibu akan mendapat satu pahala. Malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga adalah wajib bagi ibu-ibu yang menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 setengah tahun), serta beramal soleh (taat kepada perintah Allah), dan taat kepada suami sepanjang tempoh penyusuan itu.

5. Ibu (wanita) yang memberi susu badan kepada bayinya yang menangis, akan diberi pahala satu tahun solat dan puasa oleh Allah.

6. In Shaa Allah, susu ibu akan dapat mengurangkan risiko anak terkena penyakit seperti batuk dan selsema.

7. Pemberian susu ibu kepada anak dapat membantu perkembangan dan kesihatan fizikal serta jiwa anak-anak.

8. Allah S.W.T akan memberikan pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah ke atas ibu-ibu yang tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit.

9. Ibu-ibu disarankan untuk menyusukan bayi secara eksklusif sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan, tanpa diberikan makanan sampingan lain, tanpa susu formula, dan tanpa air masak.

10. Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon yang mampu beri perlindungan kepada bayi daripada beberapa masalah seperti: Mengikut kajian dari Profesor Catharina Svanborg (pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden), susu ibu dapat membantu mengurangkan risiko bayi mendapat kanser.
James W. Anderson (ahli Universiti Kentucky) menyatakan bahawa IQ bayi yang diberi susu ibu sehingga 6 bulan adalah 5 kali tinggi berbanding bayi lain. Namun begitu, bayi yang disusui kurang daripada 8 minggu tidak mendapat manfaat IQ ini.

11. Kebaikan menyusukan anak kepada ibu pula, dapat membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal kerana ibu merembeskan sejenis oksitosin (hormon).

12. Membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari.

13. Mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopause, kanser ovari.

14. Allah SWT menjadikan susu ibu mengandungi keperluan bayi yang mencukupi (lengkap dengan protein, karbohidrat, lemak, kalsium, etc).

15. Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana semasa ibu menyusukan bayi, sentuhan dan rangsangan yang diberikan oleh ibu dirasai oleh bayi.

kebaikan-susu-ibu

Oleh itu, adalah disarankan agar ibu-ibu janganlah menidakkan hak bayi kita. Berniatlah dari awal kehamilan bahawa anda ingin menyusukan anak atau bayi anda sekurang-kurangnya sehingga anak kita mencecah usia 6 bulan.. In Shaa ALLAH, Allah SWT akan membantu kita dan memudahkan urusan kita. Berusahalah agar kita dapat menyusukan bayi kita secara eksklusif, untuk faedah dan kebaikan ibu dan bayi itu sendiri. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/