15 Petua Tingkat Sistem Imun Badan

Tingkat Sistem Imun Badan
Tingkat Sistem Imun Badan

Tingkat Sistem Imun Badan

Sistem imun badan yang kuat bagus untuk mencegah dan melawan penyakit. Oleh sebab itulah kita digalakkan untuk mengambil makanan yang berzat dan seimbang dan kurangkan pengambilan makanan segera atau junk food bagi memastikan sistem imun badan dapat dipertingkatkan.

Pengambilan jus buah-buahan dan sayur-sayuran dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit, meningkatkan sistem imun badan, membersihkan hati, membantu penghadaman, membuang toksin yang merbahaya dan membantu mengurangkan berat badan.

Tapi selain dijadikan jus, macam mana anda boleh menggabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet harian? Berikut dibawah ini adalah 15 petua menarik dan lazat untuk anda mempertingkatkan sistem imun badan..

1. Beli Buah Dan Sayuran Seminggu Sekali

Jadikan ia satu amalan sekali seminggu untuk membeli-belah supaya buah-buahan dan sayur-sayuran anda agar ia tetap kekal segar. Kerana dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu meningkatkan sistem imun badan anda.

2. Letak Buah-Buahan Di Tempat Yang Mudah Dilihat Dan Dicapai

Pastikan buah-buahan  ini mudah dicapai. Sama ada di kaunter atau disusun dengan baik dalam mangkuk, bakul atau rak atas peti sejuk anda. Ini bagi memastikan anda nampak dan mengamalkan makan buah setiap hari bagi tingkatkan sistem imun badan anda.

3. Bawa Bekal Buah Epal

Jadikan satu amalan meletak sebiji atau dua biji epal dalam bekas atau kotak makanan tengah hari anda.

4. Bekalkan Anak Dengan Buah-Buahan

Bagi bekas atau kotak makanan tengah hari harian kanak-kanak, ambil sedikit masa untuk menghiris buah-buahan sebagai kepingan. Anda juga boleh mengatur buah-buahan untuk menjadikannya gambar supaya ia kelihatan menyeronokkan dan menarik.

5. Buah Sebagai Topping

Hampir setiap hidangan makanan boleh memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dicencang halus untuk dijadikan topping sebagai bahan atau hiasan.

6. Sarapan Bijirin

Sarapan pagi, tambahkan bijirin anda dengan pisang, pic, epal atau beri.

7. Smoothie

Jadikan buah-buahan ini sebagai ‘smoothie’ pembuka sarapan pagi anda.

8. Buah-Buahan

Hidangan utama boleh dihidangkan dengan buah-buahan hirisan segar.

9. Masukkan Buah-Buahan Ke Dalam Peti Ais

Perlukan minuman atau ais krim sejuk untuk mengatasi kepanasan? Anda boleh menimbangkan untuk menggantikan hidangan gula dan kalori sarat ais krim dengan minuman buah-buahan buatan sendiri. Buah-buahan adalah gula-gula alam semulajadi. Dengan hanya mencampurkan buah-buahan kegemaran anda seperti mangga atau strawberi, tuangkan sedikit campuran itu ke dalam acuan jeli. Masukkan ia ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Anda boleh menikmati juadah berais yang sedap dan hebat.

10. Jus Buah

Walaupun jus buah-buahan adalah baik jika terus diminum segar, anda masih boleh menyimpan kombinasi minuman sihat kegemaran anda di dalam termos untuk diminum ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

11. Snek Buah-Buahan

Potong buah-buahan menjadi saiz kiub dan campurkan ia dengan pelbagai kacang tanpa garam sebagai snek yang mudah dimakan pada setiap masa untuk memperkasakan sistem imun badan anda.

12. Kombinasi Buah

Wujudkan kombinasi menarik dengan mencampurkan dan memadankan buah-buahan. Contohnya epal rangup dengan anggur berair dan pisang berkrim.

13. Yogurt Dan Sos Berkrim

Daripada himpunan makanan buah-buahan yang terdapat di Malaysia, saderi dan lobak merah adalah makanan snek yang membosankan. Tambahkan sedikit keseronokan dan rasa sos sedap yang dicipta daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperap dengan mustard atau madu. Atau kisar sedikit lada dengan timun dan yogurt sebagai sos berkrim dalam memperkuatkan sistem imun badan anda.

14. Sos Asas

Semasa memasak, anda boleh meningkatkan resipi biasa dengan menggunakan buah-buahan campuran sebagai sos yang sihat atau sos asas.

15. Pencuci Mulut

Jika mengadakan majlis jamuan, aturkan buah-buahan yang telah dipotong saiz kiub seperti mangga, tembikai, kiwi, anggur dan strawberi  pada lidi kecil sebagai hidangan pembuka selera atau pencuci mulut membantu anda tingkatkan sistem imun badan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/