15 Punca Suami Menolak Hubungan Intim

15 punca suami menolak hubungan intim

15 punca suami menolak hubungan intim

Suami menolak hubungan intim? Pelik bukan? Pada kebiasaannya orang lelaki jarang menolak atau menghampakan pasangannya jika diajak untuk mengadakan hubungan intim bersama. Ini kerana memang sudah fitrah orang lelaki mempunyai naluri atau keinginan seks yang cukup tinggi berbanding wanita. Kalau boleh hampir setiap hari mereka mahukan seks. Untunglah anda jika memiliki suami seperti ini, hanya larat tak larat sahaja untuk anda memenuhi hasrat seksual mereka.

Yang menjadi persoalan ialah kenapa boleh berlakunya suami menolak permintaan anda untuk melakukan seks sedangkan anda sudah memberikan dia godaan dan ghairah yang memberahikan. Apa perasaan anda? Bukan sahaja anda tidak dapat untuk merasai kenikmatan seks malah turut berdepan dengan perasan malu pula. Jadi bagi para isteri yang pernah mengalami atau mungkin akan berhadapan dengan pengalaman seperti di atas ini haruslah menyelidiki beberapa punca yang boleh menyebabkan mereka menolak permintaan seks anda. Admin yakin setiap isteri pasti mengeluh dan berasa kecewa jika ajakan kamu untuk menikmati seks bersamanya tidak kesampaian. Ingat! jangan hanya disebabkan pelawaan anda tidak diterima anda harus membuat tuduhan melulu, menyimpan perasaan atau sangkaan yang buruk terhadapnya. Boleh jadi pasti ada sebab-sebabnya. Oleh itu jom kita lihat apakah punca-puncanya yang boleh menyebabkan suami anda menolak untuk mengadakan hubungan intim tersebut.

1. Keletihan

Boleh jadi suami anda mungkin berasa letih atau terlalu penat dengan tugasan di tempat kerjanya. Hal ini mungkin dapat memberi tempias kepada anda dan sudah tentu dengan kepenatan yang dialaminya itu tidak akan dapat mereliasasikan hasrat seks anda. Pada mereka jika hubungan seks dilakukan dalam keadaan penat pasti tidak akan dapat mencapai kepuasan dan kenikmatan seksual pada tahap yang maksimum.

2. Tahap Kesihatan

Nafsu seks suami anda mungkin akan menurun apabila dia berada dalam keadaan tidak sihat. Anda harus ambil tahu bahawa mungkin suami anda hanya mendiamkan diri sahaja dengan tidak memberitahu dia tidak berapa sihat dan faktor kemerosotan kesihatan ini sebenarnya boleh menjejaskan prestasi seksualnya. Oleh itu sebelum anda berfikiran negatif tentang penolakan seksnya, tanyalah suami anda terlebih dahulu agar nikmat hubungan badan yang anda inginkan itu benar-benar dapat dirasai bersama.

3. Tidak Selesa

Penolakan seks boleh jadi berlaku akibat ketidakselesaan yang dirasai oleh suami. Mungkin disebabkan suami anda berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang. Keadaan cuaca di luar seperti terlalu panas atau mungkin dia berasa tidak selesa apabila anak-anak anda masih belum masuk tidur juga mungkin menjadi punca kenapa dia tidak berminat untuk memenuhi kehendak seks anda. Jadi sebagai panduan untuk isteri anda seharusnya bijak menyesuaikan masa sebelum membuat keputusan mempelawa suami anda untuk berjimak agar ianya tidak bermula dan berakhir dengan kekecewaan kelak nanti.

4. Perbezaan Pendapat

Apabila berlakunya perbezaan pendapat atau pun anda sedang bertengkar dengan suami mereka akan memberontak dan akan melampiaskannya ke dalam bentuk ‘puasa bercinta’. Dalam erti kata lain ialah mereka menghukum pasangannya dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur.

5. Perjalanan Jauh

Pada tahap normal suami jarang sebenarnya menolak permintaan seks daripada isteri melainkan benar-benar dia tidak terdaya untuk melakukannya. Faktor keletihan akibat dari memandu dengan jarak perjalan yang jauh mungkin juga salah satu daripada sebabnya. Sebagi isteri anda hendaklah memberikan ruang dan masa untuknya berehat terlebih dahulu agar penatnya hilang. Ini tidak suami baru sampai rumah aje anda dah mula mengajaknya bertarung di ranjang. Bawa bersabar ya isteri! He he..

6. Kekerapan Seks

Terlalu kerap melakukan hubungan badan juga merupakan salah satu punca terdapatnya pasangan yang enggan ataupun terpaksa menolak ajakan pasangannya. Apabila terlalu kerap mengadakan seks sudah pasti akan timbul rasa bosan dan jemu. Jadi langkah yang terbaik buat anda dicadangkan melakukan seks 2 atau 3 kali seminggu sahaja. Matlamat utama yang lebih penting adalah kualiti dan bukannya kuantiti.

7. Kualiti Tidur

Sewaktu lelaki mencapai usia kematangan atau dua puluhan, kecenderungan untuk melakukan seks adalah cukup tinggi dan kadang-kala melebihi minat tidur apatah lagi buat mereka yang baru mendirikan rumahtangga. Sanggup bangun dan kejut pasangan pada jam 3 pagi semata-mata untuk melampiaskan nafsu yang sedang hangat membara. Walaubagaimanapun, seiring dengan peningkatan usia dan tempoh perhubungan itu sendiri, minat untuk melakukan hubungan intim akan semakin merosot. Inikan pula bagi anda yang sibuk dengan waktu berkerja sampai lebih masa dan mengalami kekurangan waktu tidur.

8. Stres atau Tekanan

Urusan seks pasti terhalang jika anda tidak bijak dalam mengawal tekanan atau stres. Di antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya stres adalah seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihidapi oleh ahli keluarga, perubahan di tempat kerja, dilema keluarga dan isu-isu yang melibatkan keluarga besar. Namun bukan setakat itu saja malah ada juga perkara-perkara lain yang berpotensi untuk menjadi sumber stres.

9. Rawatan atau Pengambilan Ubat-ubatan

Mengambil ubat penurun tekanan darah dan anti kemurunngan juga sering kali boleh menjadi penyebab hilangnya nafsu seks atau syahwat bagi lelaki. Dalam erti kata lain boleh menyumbang kepada kegagalan suami untuk menegangkan zakar (masalah patah tandan) dan akhirnya si isteri menderita kerana tidak dapat dipuaskan nafsunya

10. Fobia Seks

Mungkin bunyinya agak aneh tetapi pada hakikatnya terdapat juga segelintir lelaki yang takut atau fobia untuk melakukan hubungan intim disebabkan terkenangkan pengalaman lalu yang tidak menyenangkan. Misalnya, pernah diliwat dan sebagainya.

11. Ketidakseimbangan Hormon Tubuh

Keseimbangan hormon testosteron dalam tubuh badan memainkan peranan penting dalam meningkatkan minat seksual seseorang apabila menerima sesuatu rangsangan yang memberahikan. Jika terlalu banyak prolaktin dan SHBG (Sex Hormone Binding Globulin) ianya akan dapat menyekat atau mengurangkan tahap nafsu semasa melakukan hubungan intim. Oleh itu, jika   masalah hormon ini menjadi punca masalah seksual maka dinasihatkan anda supaya menjalani ujian darah bagi memeriksa tahap hormon testosterone, prolaktin dan SHBG.

12. Krisis Identiti

Minat lelaki terhadap seks akan semakin berkurangan apabila dia mengalami ketidakpastian fungsi hidupnya di dunia ini bersama pasangan dan juga keluarga. Hal ini kita boleh kita kaitkan sebagai masalah kemurungun dan kesedihan berpanjangan. Krisis identiti ini biasanya berlaku apabila seseorang itu kehilangan pekerjaan, terdapat ahli keluarga yang tersayang meninggal dunia dan  lain-lain lagi. Keadaan yang berterusan inilah akan menyebabkan nafsu seks mereka semakin menurun atau mungkin langsung boleh hilang.

13. Hati Tersinggung

Seperti kaum wanita juga, terdapat juga segelintir lelaki yang hatinya mudah tersinggung apabila dia disentuh dengan perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkannya. Apabila perasaan tersentuh atau tersinggung maka boleh jadi lelaki tersebut tidak akan melakukan seks bersama anda sebagai tanda luahan ketidakpuasan hatinya. Antara sikap-sikap pasangan yang perlu dihindari oleh anda adalah seperti suka mencela, menjatuhkan air mukanya dan sebagainya. Jadi jagalah tutur kata dan perhubungan anda agar kehidupan seksual menjadi lebih seronok.

14. Melancap atau Masturbasi

Lelaki yang kuat melancap dengan tangannya sendiri biasanya akan lebih mudah mengalami pancutan mani awal dan tabiat tersebut boleh menyebabkan mereka rasa tidak memerlukan pasangan dalam memuaskan nafsunya. Tabiat melancap yang tidak terkawal ini banyak berpunca dari pengaruh perkembangan pesat teknologi perkomputeran di mana dengan mudah didapati video-video atau gambar-gambar lucah.

15. Pancut Mani Cepat

Terdapat segelintir lelaki yang menghidapi masalah batin seperti disfungsi ereksi, pancut mani awal ataupun lambat. Ini juga merupakan punca-puncanya mereka menghindari melakukan seks dengan pasangannya. Kelemahan senjata mereka ini akan menyebabkan diri mereka berasa malu dan akan ditertawakan oleh isteri sendiri. Jadi bagi mereka adalah lebih baik tarik diri atau kecundang dahulu sebelum pergi berperang atau dengan kata mudah lebih baik tidak memulakan langsung. Aduhaii…

masalah seksual lelaki

P/S : Mudahnya nak tahan lama. Sapu jer. Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk menjadi seorang suami yang mampu memuaskan nafsu isteri. Pasti banyak produk yang telah anda gunakan untuk mencapai kemahuan itu kan? Kini tidak lagi. Buat lelaki yang ingin tampil dengan imej LAMBANG LELAKI SEBENAR.  KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/