16 Ciri-Ciri Lelaki Pujaan Hati

Lelaki Pujaan Hati Wanita
Lelaki Pujaan Hati Wanita

Lelaki Pujaan Hati Wanita

Memang sukar untuk wanita mencari lelaki pujaan hati mereka kerana pada zaman sekarang lelaki yang betul-betul menepati ciri-ciri lelaki pujaan hanyalah melalui orang tua yang memilih jodoh untuk mereka. Namun kebanyakan wanita tidak mahu menyerahkan soal jodoh kepada orang tua untuk mencari jodoh untuk mereka kerana dibimbangi lelaki itu tidak kacak, berusia dan bukan lelaki pujaan hati mereka.

Orang kata cinta itu buta. Tapi, kalau diamati betul-betul, sebenarnya cinta itu tidaklah buta. Hanya ‘pandangan’ kita yang membezakan pendekatan kepada cinta. Dalam erti kata lain, seseorang wanita yang melihat kebaikan dan ciri-ciri lelaki pujaan hati yang diminati, akan membuatkan dia merasakan lelaki itulah yang ‘terbaik’ buat beliau sedangkan orang lain tak nampak. Bila orang lain tak nampak apa yang kita nampak… maka itulah dikatakan “cinta itu buta”…

Mari bersama admin PB kita lihat ciri-ciri lelaki pujaan hati yang menepati citarasa wanita secara umumnya.

1. Lelaki Ceria

Lelaki pujaan hati wanita adalah seorang yang pandai berjenaka dan berkongsi cerita. Kebanyakan masa tidak kelihatan sugul atau sering kelihatan berkerut-kerut dahinya.

2. Lelaki Penyayang

Biarpun mungkin dia tidak menyatakan kasih dan sayangnya pada seseorang wanita akan tetapi suatu masa kelak wanita itu berharap lelaki itu akhirnya akan meluahkan perasaan sayang terhadap wanita berkenaan.

3. Lelaki Tulen

Lelaki pujaan hati wanita yang tahu hakikat bahwa dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar daripada kategori sebagai lelaki.

4. Lelaki Berharga

Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

5. Lelaki Teguh Jiwanya

Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki (sering) menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

6. Lelaki Sederhana

Lelaki pujaan hati wanita yang tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

7. Lelaki Kacak

Wanita menganggap ‘kekacakan’ lelaki terletak pada perangainya dan kebersihan hatinya.

8. Lelaki Berpendirian

Lelaki pujaan hati wanita adalah lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan mengotakan janji (bila berjanji).

9. Lelaki Bersih Dan Kemas

Menjaga kebersihan serta berdandan tapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan kena pada tempatnya.

10. Lelaki Cerdik

Lelaki pujaan hati wanita adalah yang cepat faham apa yang dikehendaki oleh pasangannya tanpa perlu diucapkan.

11. Lelaki Yang Cekap

Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

12. Lelaki Bijak

Lelaki pujaan hati wanita adalah yang tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

13. Lelaki Tabah

Tidak mudah hilang akal apabila berhadapan dengan masalah dan tidak bingung dan kalut ketika menghadapi tekanan, suasana cemas, kesuntukan masa dan sebagainya.

14. Lelaki Berwawasan

Sering melakukan sesuatu dengan perancangan, bersifat objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Sering menghabiskan masa melakukan perkara-perkara yang produktif.

15. Lelaki Yang Baik

Lelaki pujaan hati wanita adalah yang tidak berfoya-foya. Taat kepada perintah agama. Tidak berjudi, minum arak dan berzina.

16. Lelaki Yang Sopan

Lelaki pujaan hati wanita adalah yang tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati orang lain.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/