16 Tips Memikat Suami

memikat suami
memikat suami

memikat suami

Bagaimanakah caranya untuk anda sebagai seorang isteri berusaha untuk memikat suami? Memikat suami bermaksud mengambil hati dan membuat sesuatu perkara yang disukai oleh suami dalam menjalani kehidupan rumahtangga seharian. Dengan peranan isteri yang pandai mengambil hati dan memikat suami, rumahtangga anda akan sentiasa aman dan harmoni serta mewujudkan keluarga bahagia sekaligus menjadi contoh keluarga yang sakinah.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 16 tips memikat suami yang harus anda sebagai seorang isteri praktikkan di dalam rumahtangga.

1. Sentiasa Berhias

Ini juga sikap buruk kebanyakan isteri, terutama ketika di rumah. Jika ke tempat kerja berhias seperti super model, di rumah orang gaji pun kalah. Jadi bagaimana untuk berhias di rumah dalam masa yang singkat untuk memikat suami? Caranya sangat mudah. Cuma ubah penampilan anda. Jika sebelum ini anda selesa mengenakan T-Shirt dan berkain batik, ubah kepada T-Shirt dan seluar pendek. Mudah tetapi seksi di mata suami. Begitu juga jika sebelum ini anda membiarkan rambut mengerbang dan tidak terurus, ikat rambut anda atau sanggul ringkas supaya suami dapat melihat leher anda yang cantik tu.

2. Jangan Terlalu Membangkang

Di dalam anda berusaha untuk memikat suami, jangan suka membangkang atau melawan cakap suami, walaupun suami anda salah dan anda tahu anda betul. Anda mesti berfikir, tak bolehlah macam tu, kebenaran mesti ditegakkan. Betul, tetapi bagaimana anda nak menegakkan kebenaran tersebut. Adakah dengan membangkang dan memberitahu suami anda beliau salah? Tidak, cara yang lebih berkesan ialah dengan memberi penjelasan secara lembut kenapa beliau salah. Anda perlu berikan fakta dan point berkaitan yang menunjukkan apa yang beliau lakukan itu salah, dengan lembut. Kaum lelaki lebih mudah menerima fakta berbanding sesuatu yang abstrak. Oleh itu jika anda menerangkan kepada suami berdasarkan fakta, sudah pasti beliau akan mudah menerima hakikat yang beliau salah.

3. Puji Suami Di Depan Rakan Dan Keluarga

Seperti kaum wanita, kaum lelaki juga suka dipuji. Malah setiap insan suka menerima pujian. Tambahan lagi jika pujian yang beliau terima adalah dari insan yang dekat dengan mereka. Oleh itu tak salah jika kadang-kala anda memuji suami anda, terutama di hadapan rakan-rakan atau keluarga. Ini adalah seni memuji yang perlu anda pelajari. Tetapi pastikan jangan terlalu ‘over’. Jika anda memuji suami anda dengan ikhlas, sudah pasti suami anda akan lebih menghargai anda secara tidak langsung.

4. Dekatkan Diri Dengan Keluarga Suami

Ramai isteri yang cemburu dengan ibu mertua mereka. Mereka tidak mahu berkongsi kasih sayang suami dengan ibu mertua mereka. Jika anda tergolong di dalam golongan isteri begini, anda sebenarnya rugi. Jika anda pandai mengambil hati ibu mertua anda, atau keluarga suami anda, secara tak langsung anda berjaya memikat suami anda. Beliau akan berterima kasih kepada anda dan admin jamin beliau akan lebih menghargai anda sebagai isteri yang rapat dengan ibu beliau.

5. Sentiasa Ucap Terima Kasih

Biasakan diri anda untuk sentiasa ucap terima kasih kepada suami. Ini menunjukkan anda menghargai setiap bantuan atau pemberian suami. Secara tidak langsung menaikkan ego suami (dalam konteks yang baik). Hasilnya suami akan bertambah sayang kepada anda.

6. Layan Suami Seperti Raja

Suami anda adalah raja dalam kehidupan anda. Ini adalah fakta. Beliau adalah khalifah dan ketua keluarga. Tetapi jangan salah faham. Tak perlulah anda melayan suami seperti yang dipaparkan dalam filem-filem klasik dahulu kala. Tak perlu sembah dan sebagainya. Layan suami seperti raja yang saya maksudkan disini lebih kepada menghormati suami dan meletakkan keperluan suami terlebih dahulu dari keperluan anda. Ada sesetengah isteri yang ego, terutama jika mereka berkerjaya atau gaji mereka lebih tinggi dari suami.

7. Jangan Buat Suami Tertunggu-Tunggu

Kaum lelaki cukup pantang apabila mereka perlu menunggu seseorang. Tetapi yang ironinya mereka tak kisah kalau mereka pula yang buat orang tertunggu-tunggu. Jika anda memang seorang yang mengambil masa yang lama untuk mandi, berdandan dan bersiap, selepas ini gunakan teknik ‘time management’ dengan lebih teratur. Contohnya mandi lebih awal dari suami supaya anda sudah siap sedia apabila suami sudah mandi dan bersiap.

8. Ambil Berat Penampilan Suami

Jika suami anda seorang yang simple, anda perlu bekerja keras sedikit. Tetapi jangan keliru, anda tidak perlu ubah penampilan beliau. Jika beliau gemar berpakaian simple, T-Shirt dan jean lusuh, biarkan. Anda cuma perlu pastikan pakaian beliau sentiasa tersusun kemas. Anda juga boleh menghadiahkan toiletries untuk memikat suami anda. Atau boleh sahaja anda membeli pencuci muka jika sebelum ini suami hanya menggunakan sabun untuk membasuh muka beliau. Dan sebagainya. Gunakan imaginasi anda untuk menjaga penampilan suami. Anda lebih tahu cita rasa suami anda. Tunjukkan bahawa anda mengambil berat penampilan beliau.

9. Urut Badan Suami

Semua suami suka apabila badan mereka dipicit dan diurut isteri. Anda tak perlu sijil atau kemahiran mengurut yang tinggi. Urutan isteri tak perlu sama dengan tukang urut profesional. Cukup sekadar memicit tubuh suami dengan lembut untuk menghilangkan penat beliau. Boleh juga anda gunakan masa mengurut suami untuk berbual mesra supaya suami lebih dekat dengan anda. Buat beliau selesa dan tenang. Anda boleh gunakan kesempatan ini untuk meminta apa yang anda inginkan dari suami. Besar kemungkinan beliau akan menunaikan permintaan anda.

10. Mandi Bersama Suami

Bila kali terakhir anda mandi bersama suami? Atau anda tak pernah langsung mandi bersama suami? Mandi adalah satu aktiviti yang menyegarkan dan menyeronokkan. Rugi jika anda tak melakukan aktiviti ini bersama suami. Mandi bersama akan mewujudkan keintiman yang sukar untuk anda capai dengan aktiviti harian yang lain. Anda berdua boleh mengambil giliran untuk menggosok badan pasangan, dan sebagainya. Cuma pastikan anda berdua tak diganggu ketika mandi bersama. Nanti hilang pula mood.

11. Manja Tetapi Jangan Mengada-Ngada Sangat

Semua isteri ingin bermanja dengan suami mereka. Ini tak menjadi masalah dan adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh semua isteri. Yang menjadi masalah apabila sikap manja tersebut menjadi terlampau atau mengada-ngada. Suami suka jika isteri mereka manja dengan mereka. Tetapi jika selalu sangat, dan kelihatan seperti dipaksa-paksa, suami akan menjadi jemu dan bosan dengan sikap anda. Jadi untuk memikat suami bermanjalah dengan suami, tetapi jangan terlalu mengada-ngada. Pastikan masa dan keadaan sesuai dan lakukan dengan berpatutan.

12. Kurangkan Merajuk

Tak salah jika anda ingin merajuk dengan suami, tetapi jangan pula marah jika suami tak pujuk. Merajuk sekejap sudahlah. Letak ke tepi sekejap ego anda. Dan jangan pula kerap sangat merajuk sampai suami jadi jemu dengan sikap anda. Pastikan juga alasan anda untuk merajuk tu kukuh. Jangan setiap perkara kecil anda nak merajuk dan protes kepada suami. Rajuk berpanjangan boleh memberi kesan negatif kepada hubungan rumahtangga anda berdua.

13. Pastikan Rumah Sentiasa Kemas Dan Tersusun

Lumrah manusia tak suka rumah yang semak. Lebih semak rumah anda, lebih serabut minda anda. Lebih serabut minda, lebih mudah anda naik darah dan sebagainya. Stress juga semakin meningkat. Penyelesaiannya sangat mudah. Elakkan diri dari membuat semak di rumah. Sebagai contoh jika sebelum ini anda gemar melempar baju dari memasukkan ke dalam bakul, beli bakul banyak-banyak supaya mudah anda meletakkan baju di dalam bakul.

14. Kurangkan Berleter

Berleter dan kaum wanita memang tak dapat dipisahkan. Yang menjadi masalah jika berleter menjadi rutin harian. Jika anda sering berleter kepada suami, cuba renung kembali, kenapa? Kenapa anda berleter kepada suami? Adakah suami anda membuat kesalahan? Atau anda ingin melepaskan kemarahan dan stress anda kepada suami? Jika boleh kurangkan berleter kepada suami. Tidak ada suami yang suka mendengar leteran isteri mereka, walaupun mereka tahu mereka melakukan kesalahan dan memang patut untuk menerima leteran isteri. Ini adalah lumrah rumahtangga yang tidak dapat dielakkan, tetapi menjadi mudarat jika dilakukan dengan berlebihan. Lebih elok jika anda tukar leteran anda kepada teguran lembut atau ugutan manja. Teknik ini lebih berkesan untuk membuat suami menurut arahan anda berbanding berleter.

15. Masak Untuk Suami Dan Keluarga

Salah satu cara memikat suami adalah dengan memasak untuk suami dan anak-anak. Tak apa jika anda tak pandai masak. Anda boleh belajar, dan dengan latihan, semua orang akan pandai memasak. Yang penting ialah anda masak masakan kegemaran suami. Lebih beruntung lagi jika anda mendapatkan resipi masakan kegemaran suami dari ibu mertua anda. Antara tips yang sangat popular dan sangat mudah untuk memikat suami.

16. Jadi Pendengar Yang Baik

Apabila suami anda mengadu sesuatu, atau sekadar ingin bercerita, anda perlu menjadi seorang pendengar yang baik untuk memikat suami. Jangan buat endah tak endah atau melakukan kerja lain. Ini menunjukkan anda tidak memberi perhatian kepada apa yang ingin beliau sampaikan. Silap hari bulan tersentap ego beliau. Apa salahnya anda hentikan sekejap kerja yang sedang anda lakukan. Duduk dekat dengan suami, dan beri perhatian terhadap luahan hati beliau. Berikan komen hanya jika diminta suami. Tunjukkan anda benar-benar peka dengan apa yang sedang beliau sampaikan. Secara tak langsung suami anda akan lebih kerap meluahkan perasaan beliau kepada anda. Beliau akan menjadi lebih selesa mengadu apa sahaja dengan anda kerana anda seorang pendengar yang setia.

Kesimpulannya, tidak susah dan rumit untuk anda sebagai seorang isteri untuk memikat suami asalkan anda tahu perkara-perkara asas. Contoh seperti tahu perangai atau karakter suami anda adakah dia seorang yang panas baran atau pun seorang yang pendiam. Jika karakter dua tadi yang admin sebutkan cabaran anda sebagai seorang isteri untuk memikat suami memang betul-betul mencabar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/