17 Ciri-Ciri Nusyuz

Ciri-Ciri Nusyuz
Ciri-Ciri Nusyuz

Ciri-Ciri Nusyuz

Punca nusyuz membawa kepada timbulnya lelaki dayus. Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan yang sewajarnya dan tidak teraniaya.

Lelaki adalah pemimpin keluarga. Besar tanggungjawab yang perlu mereka pikul agar memastikan anak dan isterinya sentiasa mengikut titah perintah Allah. Seringkali juga kita mendengar dayus dikaitkan dengan kekasaran kepada wanita seperti memukul mereka. Namun, sebenarnya dayus mempunyai pelbagai lagi perspektif luas yang merujuk kepada lelaki dayus.

Nusyuz boleh menyebabkan timbulnya pergaduhan besar sehingga sesetengah kes berakhir dengan perceraian. Nusyuz juga boleh dikategorikan sebagai derhaka. Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah si isteri bertaubat. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami bukannya hanya semata-mata ada pada wanita sahaja.

Antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:

  • Apabila suami menyuruh menutup aurat si isteri enggan berbuat demikian.
  • Enggan tinggal serumah dengan suami.
  • Tidak menjaga amanah suami.
  • Enggan memenuhi kemahuan suami (kecuali waktu uzur).
  • Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.
  • Keluar rumah tanpa meminta keizinan suami.
  • Tidak memelihara kehormatan.

Antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:

  • Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah kepada isteri dan anak.
  • Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
  • Tidak memelihara kehormatan isteri.
  • Apabila suami berkahwin lebih dari satu,si suami tidak berlaku adil.
  • Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
  • Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumahtangga, isteri dan anak-anak.
  • Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredhaan Allah.
  • Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.
  • Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
  • Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, para suami dan juga bapa diingatkan supaya mendidik isteri dan anak-anak dengan baik berlandaskan agama. Sebagai isteri dan anak perempuan juga,anda haruslah menjaga batas anda dengan bukan mahram. Janganlah memasukkan suami atau bapa anda dalam kategori dayus kerana lelaki dayus diharamkan masuk syurga. Sayangilah diri dan keluarga anda demi kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/