17 Jenis Fobia Dalam Senaman

Fobia
Fobia

Fobia

Apa yang dimaksudkan fobia dalam senaman. Fobia dalam senaman adalah anggapan atau tanggapan yang sering bermain di fikiran mereka yang mengalami kisah silam dan keadaan di mana ianya mempengaruhi dan memberi rasa takut atau fobia kepada sesetengah individu itu untuk bersenam.

Adakah anda pernah mengalami fobia dalam senaman sebelum ini? Mari kita lihat 17 jenis fobia dalam senaman seperti yang tertera di bawah ini :

1. Asthenophobia 

Fobia kerana orang selalu memperlekehkan kemampuan diri, mereka ini cukup tak suka digelar lemah. Kalau dicabar deadlift 500kg pun, mereka akan cuba mengangkatnya walaupun di luar kemampuannya.

2. Atychiphobia

Fobia ini selalunya untuk mereka yang takut gagal. Jika tengok bebanan yang tak mampu diangkat, mereka tidak akan cuba. Jangan paksa mereka.

3. Bacteriophobia

Mereka kata, tempat senaman tak bersih. Rasa fobia kerana bimbang dirinya mudah dijangkiti bakteria. Mereka menggigil apabila tengok ada peluh-peluh yang tidak dilap di bench.

4. Catoptrophobia

Fobia jenis ini bagi mereka yang sangat takut dengan cermin. Mungkin takut melihat diri sendiri gemuk. Pernah tengok cermin di gym pecah? Jangan fikir mereka yang mengalami fobia tidak mampu melakukannya. Jadi berhati-hati dengan orang yang mengalami sindrom fobia seperti ini.

5. Chorophobia

Fobia jenis ini membuatkan mereka takut menari, jadi mereka tidak akan menyertai studio di dalam gym untuk kelas tarian zumba dan aerobik. Mungkin badan masing-masing keras macam robot. Tak pernah buat regangan. Jalan mengepak, konon badan besar.

6. Cyclophobia

Mereka takut tengok basikal di gym. Nampak basikal terus lari balik rumah makan aiskrim.

7. Decidophobia

Mereka takut nak buat keputusan. Contoh keputusan, nak berlatih atau tidak. Nak bersenam di gym mana? Nak makan apa hari ini. Hidup mereka kena ditentukan oleh orang lain. Cari pasangan yang boleh menentukan hala tuju anda dalam dunia kecergasan ini.

8. Diabetophobia

Mungkin ada ahli keluarga kena diabetes, jadi mereka sangat takut dengan diabetes. Seboleh-bolehnya akan menjaga kandungan gula. Setiap lima minit check tahap gula dalam darah.

9. Electrophobia

Mereka takut dengan elektrik. Jadi, pastikan gym gelap, tutup segala peralatan elektrik baru mereka boleh berlatih.

10. Enochlophobia

Mereka takut bersenam di tempat ramai orang seperti kelas tarian aerobik dan sebagainya.

11. Epistemophobia

Mereka ini sangat takut dan fobia dengan ilmu sehingga takut nak google sesuatu ilmu. Biarlah diri tak tahu lagi baik.

12. Exercisephobia

Mereka takut nak bersenam. Samada takut pada hasilnya, takut diketawa, dan sebagainya. Mereka rasa gelisah apabila mula bersenam.

13. Frigophobia

Mereka takut dan fobia bersenam dalam gym berhawa dingin. Siap ada yang tutup aircond. Mereka sanggup bersama-sama hidu bau peluh masing-masing dalam ruang tertutup untuk merangsang semangat bersenam.

14. Gstphobia

Mereka ini cukup pantang dan fobia apabila yuran gym ada GST. Terus batalkan keahlian. Sanggup ke gym yang 50km jauh.

15. Mageirocophobia

Mereka takut dan fobia nak masak makanan sihat. Lebih rela makan makanan di kedai.

16. Mechanophobia

Mereka sangat takut dan fobia dengan mesin. Mereka hanya boleh bersenam di gym crossfit tanpa mesin.

17. Melophobia

Jangan pasang muzik ketika bersenam. Bagi mereka yang mengalami fobia jenis ini, mereka lebih rela bersenam di bilik mayat yang sunyi sepi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/