2 Khasiat Daun Kesum

Khasiat Daun Kesum
Khasiat Daun Kesum

Khasiat Daun Kesum

Tanyalah perempuan sekarang tentang daun kesum. Diulang… DAUN KESUM yer… bukan daun ketum… Ini dia satu tips untuk seorang lelaki yang ingin tahu samada girlfriend dia atau calon bakal isteri tu rajin ke dapur atau pandai masak ke tidak… hehe…

Hmm… kalau awek tu dok citer pasal daun ketum.. maka korang perlu lah lebih berwaspada.. hihi… Samada dia ada ilmu perubatan, atau dia tak pandai masak (so saja-saja tukar topik)… atau dia memang pekak… ahaks…

Sepertimana yang ramai sedia maklum, daun kesum ini antara perencah popular dalam masakan. Ada sesetengah orang boleh dikatakan dalam seminggu sampai 3-4 kali mesti akan pakai daun kesum untuk ditaruh dalam masakan, dan antara yang popularnya ialah masak gulai asam pedas.

Masakan Asam Pedas Daun Kesum

Masakan Asam Pedas Daun Kesum

Hmm.. sebut jer asam pedas dan pandang pulak gambar kat atas tu mulalah air liur nie meleleh…

Yang sebenar-benarnya daun kesum nie bukanlah satu kemestian, yakni bukan perencah wajib! Atau dalam erti kata lain, tak letak daun kesum pun still jadi masakan tu dan still boleh makan. Cumanya daun kesum ni mempunyai aroma yang unik. Bila diletak dalam masakan, baunya yang harum membuatkan masakan tu bertambah sedap dan membangkitkan selera.

Selain berguna sebagai perencah lazim dalam asam pedas, laksa lemak, laksa asam, ulam kerabu dan sebagainya daun kesum juga mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Di sini admin PB ingin kongsikan 2 khasiatnya…

1. Mengubati Sakit Perut

Daun kesum yang dilekapkan di perut ataupun air rebusannya yang diminum dikatakan membantu menghilangkan sakit perut akibat makanan  yang tak hadam. Amalan minum air rebusan daun kesum ini (dalam 2 minggu atau sebulan sekali) juga dikatakan turut membantu sistem pencernaan. Dulu-dulu, orang tua-tua akan sarankan orang perempuan yang baru lepas bersalin, yang ada masalah pencernaan, supaya minum air rebusan kesum.

2. Mengatasi Masalah Kelemumur

Jika ada masalah kelemumur bolehlah cuba amalan berikut. Blend atau kisar (hingga lumat) satu cekak daun kesum dan sapukan ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur. In shaa Allah, cara ini boleh membantu mengatasi kelemumur bilamana jika diamalkan selalu, kelemumur yang bermaharajalela di kulit kepala tu akhirnya akan tanggal dan gugur dengan sendirinya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/