2 Manfaat Urutan B2B

urutan B2B
urutan B2B

urutan B2B

Urutan B2B (body to body) amat popular di kalangan mereka yang sering berkunjung ke rumah urut. Jika dahulu, rawatan utama batin begitu popular sebagai ‘menu istimewa’ bagi menarik perhatian pelanggan, kini urutan B2B mengambil tempat. Malah ‘kegilaan’ terhadap perkhidmatan ini juga membuatkan ramai yang sanggup menunggu meskipun terpaksa berbaris panjang.

Bagi yang baru ‘berkenalan’ dengan urutan B2B atau juga dikenali sebagai urutan badan dengan badan, istilah ini pastinya agak janggal pada pendengaran. Secara ringkas urutan B2B adalah urutan yang tidak membabitkan hubungan intim. Ia sebaliknya hanyalah tindakan gesel-menggesel menggunakan tubuh si tukang urut tanpa seurat benang atau dalam keadaan berbogel.

Dalam konteks hubungan suami isteri, teknik urutan B2B mungkin boleh dipraktikkan bagi menambahkan kehangatan hubungan intim. Lari dari kebiasaan, teknik ini mungkin dapat menyalakan kembali ghairah hubungan pasangan. Malah pasangan mungkin ‘kemaruk’ dan ‘ketagih’ untuk menikmatinya lagi sebaik merasainya buat kali pertama.

Yang pasti, dalam hubungan suami isteri, tiada yang mustahil dilakukan. Malah urutan B2B yang dilakukan dengan tujuan bercumbuan sebelum melakukan hubungan kelamin juga mempunyai kesan tersendiri. Ini kerana urutan yang membabitkan sentuhan ‘istimewa’ biarpun hanya geselan mempunyai impak positif yang sangat menakjubkan..

Bermula dengan geselan, sentuhan dan penerokaan ke seluruh daerah sensitif juga berlangsung mulus. Faedah ini bukan hanya boleh dinikmati oleh pasangan yang mengurut tetapi juga kepada juga pihak yang diurut.

Lebih mengujakan apabila teknik urutan B2B secara geselan ini bukan hanya membuai dan mengasyikkan pasangan tetapi dalam masa yang sama turut membuat mereka hanyut dalam ‘kelemasan’. Akhirnya kenikmatan hubungan intim yang sempurna dapat dirasai bersama-sama.

tukang urut

BAGAIMANA MENGURUT PASANGAN?

Urutan B2B adalah salah satu cara melakukan foreplay. Bagi mewujudkan suasana tenang dan damai, cahaya lampu di kamar tidak perlu terlalu gelap. Cahaya yang sedikit malap adalah sesuai dan ianya mengundang suasana penuh romantis.

Urutan B2B biasanya dimulakan pada bahagian punggung dan kemudian naik ke pinggang. Selesai urutan di bahagian tersebut, teruskan urutan seterusnya pada bahagian paha, betis dan kaki.

Tidak dilupakan juga bahagian kepala dan leher. Urutan di daerah ini berupaya membantu pasangan berasa lebih santai dan selesa. Bagi urutan erotik, cara urutan perlu ditukar kepada teknik yang lebih lembut dan sensitif. Tamat urutan di bahagian badan, luaskan penerokaan anda dengan menyentuh dan mengurut bahagian-bahagian sensitif yang lain.

Perlu diingat, urutan asmara perlu dilakukan dalam keadaan yang selesa dan tenang. Setiap bahagian yang diurut juga perlu mengambil masa yang sesuai. Sebaik-baiknya, urutan perlu dilakukan pada kedua-dua pasangan. Urutan ini boleh menambah kemesraan dalam hubungan suami isteri.

MANFAAT URUTAN B2B SEBELUM HUBUNGAN INTIM

1.            URUTAN B2B PADA SUAMI

suami kena urut

 

 

 

 

 

Melakukan urutan pada bahagian kaki suami memberi manfaat yang cukup besar dalam hubungan intim. Urutan ringan di tumit yang kemudian menjalar ke seluruh bahagian kaki dikatakan berupaya meningkatkan kecergasan sekali gus memberi kekuatan luar biasa pada tenaga batin. Secara tidak langsung, stres atau tekanan yang dialami sebelum ini beransur hilang.

2.            URUTAN B2B PADA ISTERI

Napping in spa

Sebaik selesai melakukan urutan B2B pada suami, tibalah giliran isteri pula menerima urutan. Mulakan urutan B2B dengan menekan telapak kaki pada titik antara ibu jari kaki dengan jari-jari lain. Ambil masa lebih kurang 10 saat pada setiap kaki sebanyak 12 kali. Tekanan di titik ini dipercayai mampu mendorong dan meningkatkan tenaga sewaktu berhubungan intim. Bagi menambahkan lagi kesan sensual, gunakan minyak arometerapi sewaktu proses mengurut.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/