2 Petua Hilangkan Kutu Kepala

Kutu Kepala
Kutu Kepala

Kutu Kepala

Ada sesapa yang selalu rasa gatal-gatal di kepala tak? Cuba check betul-betul, mungkin ada kutu kepala tuh. Mungkin ada yang tak percaya… Macam mana pulak kutu tuh boleh berpopulasi kat atas kepala padahal korang selalu syampu rambut. Hmmm… manalah tahu, sebab ada kemungkinan kutu kepala tu berjangkit daripada anak kita. Anak-anak pulak mungkin dapat daripada kengkawan kat tadika atau sekolah.

Apa dia kutu kepala nie?

Kutu kepala adalah jenis binatang parasit penghisap darah yang biasanya hidup di bahagian kepala.  Tak pernah lagi lah admin terjumpa kes orang ada kutu kat kaki. Seekor kutu betina boleh menghasilkan enam biji telur sehari. Dan, biasanya takkan ada seekor jer kutu, kalau kepala dah berkutu.

Telur kutu kepala nie kecil saja. Biasanya ia seakan bersinar dan berwarna putih seakan-akan kelemumur. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Susah nak buang kalau setakat menyikat rambut dengan penuh kelembutan dan lemah-gemalai. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

So, kiralah sendiri daripada seekor pastu tambah lagi 6 ekor. Pastu katakan daripada enam telur tuh jadi pulak 3 jantan dan 3 betina… Huh.. pening gak nak kira nie.. Makin bertambah gatal lak kepala.. ahaks.. Tahu tak kutu kepala nie cukup senang berjangkit!  Kutu adalah makhluk yang mampu melompat sangat tinggi. Ia juga boleh berhijrah ke kepala seseorang dengan merayap atau berpindah melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

So, kalau ada yang dijangkiti kutu kepala nie cepat-cepatlah bertaubat… err… berubat.  Kalau tidak satu keluarga boleh dijangkiti lak nanti.  Cara nak bunuh kutu-kutu… sekarang nie boleh cari ubat kutu di farmasi. Lumur ubat kat atas kepala, ambil kain dan tudungkan kepala tuh lebih kurang sejam.  Lepas tuh, barulah dibersihkan.  Biasanya kena lumur ubat tuh selama 3 hari berturut-turut barulah berkesan.  Kalau setakat sehari jer, mungkin ada lagi saki-baki keturunannya yang masih hidup dan beranak-pinak semula.

Telur Kutu

Kalau tak yakin nak menggunakan ubat daripada farmasi atas sebab-sebab tertentu, bolehlah cuba petua tradisional untuk menghilangkan kutu kepala nie.

2 Petua Hilangkan Kutu Kepala

1. Bawang Putih Dan Minyak Masak

Ambil beberapa biji bawang putih.  Kupas kulitnya dan tumbuk sampai lumat. Lepas tu campurkan dengan sedikit minyak masak dan lumurkan ke kepala. Pastikan kena pada rambut sampailah ke kulit kepala.  Selepas dilumur, ambil sehelai kain bersih seeloknya yang warna putih dan balut atau tutup keseluruhan kepala.  Biarkan selama sejam. Bila dibuka biasanya boleh nampak kutu-kutu yang mati melekat kat kain tuh.. Setelah dibuka, bolehlah mandi atau membasuh kepala dengan syampu hingga bersih.

2. Minyak Tanah

Petua yang kedua nie modus operandinya lebih kurang sama.  Bezanya ialah ia tak guna bawang putih.  Bahannya agak ekstrem sikit iaitu dengan cara melumurkan rambut dan kulit kepala dengan minyak tanah. Lepas tu balut dan biarkan selama sejam. Bagi sesiapa yang tidak tahan bau minyak tanah tak berapa sesuailah cara nie… Tapi petua gunakan minyak tanah nie memang sangat berkesan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang banyak kutu. Apa pun kena lebih berhati-hatilah jangan pula selepas dilumur minyak tanah tu kendian pergi bermain-main dengan tempat-tempat yang ada api seperti di dapur ke atau duduk dekat ngan orang hisap rokok dan sebagenya.. Silap-silap terbakor nanti..!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/