2 Punca Isteri Sukar Klimaks

isteri sukar klimaks

isteri sukar klimaks

isteri sukar klimaks

Anda telah cuba pelbagai teknik dan skill untuk membuatkan isteri anda klimaks dan pancut, tetapi isteri sukar klimaks, jauh sekali pancut, di manakah salahnya?

Luahan ini sering admin terima daripada para suami yang gagal membuatkan isteri mereka puas dalam hubungan seks. Menurut mereka, mereka telah mencuba pelbagai cara dan teknik untuk membuatkan isteri mereka orgasme dan klimaks, tetapi masih gagal.

Ini menyebabkan mereka kecewa dan putus asa. Akibatnya hubungan seks menjadi semakin suram dan dingin.

Di manakah salahnya isteri sukar klimaks?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh membuatkan isteri sukar klimaks, dan pancut. Secara am faktor tersebut boleh dibahagikan kepada dua faktor umum. Faktor yang pertama ialah kesalahan daripada para suami. Iaitu suami tidak mengambil inisiatif dan berusaha untuk memuaskan isteri dalam hubungan seks dan hanya mementingkan kepuasan untuk untuk diri sendiri. Ini menyebabkan hubungan seks menjadi ‘satu hala’ sahaja dan akibatnya isteri tidak akan puas dalam sebarang aktiviti seks.

Jika ini terjadi, kesalahan seharusnya diletakkan ke atas bahu suami. Faktor yang kedua pula berpunca daripada isteri itu sendiri. Dalam erti kata lain, isteri sendiri menolak untuk orgasme, klimaks atau pancut, walaupun suami telah mencuba pelbagai teknik untuk memuaskan isteri. Dalam hal ini, suami tidak boleh disalahkan sepenuhnya.

Tetapi adakah anda harus lepas tangan dan menyalahkan isteri? Bukankah beliau sendiri yang menolak untuk puas di dalam hubungan seks suami isteri?

Jangan salahkan isteri

Jawapannya ialah tidak. Jangan salahkan isteri anda sekiranya beliau menghadapi masalah untuk klimaks dan pancut. Menurut kajian yang dilakukan, dan saya telah menyentuh tentang perkara ini dalam artikel-artikel yang lepas seperti masalah isteri sukar klimaks atau pancut, antara 15% hingga 30% wanita di dunia ini menghadapi masalah untuk mengalami orgasme dan klimaks ketika hubungan seks.

Jika anda lihat daripada statistik yang diberikan, tidak mustahil isteri anda tergolong di dalam golongan tersebut. Tetapi ini tidak bermakna isteri anda langsung tidak boleh mengalami orgasme ketika hubungan seks. Jadi bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang melanda isteri anda?

Faktor isteri sukar klimaks yang jarang didedahkan

Untuk menyelesaikan masalah kenapa isteri sukar klimaks, atau tidak mengalami orgasme, anda harus melihat dan meniliti faktor-faktor yang menjurus kepada masalah tersebut.

Walaupun faktor-faktor umum seperti yang saya sebutkan di atas, dan beberapa faktor-faktor lain seperti kurang foreplay, tidak peka dan sebagai sering dibincangkan, terdapat beberapa faktor lain yang jarang didedahkan.

Antara punca isteri sukar klimaks yang jarang didedahkan:

1. Masalah Kesihatan
Masalah berkaitan kesihatan yang boleh membuatkan isteri sukar  klimaks atau orgasme juga jarang dibincangkan secara meluas. Ini kerana masalah berkaitan kesihatan adalah terpencil dan hanya terdapat sesetengah kes sahaja di mana masalah kesihatan boleh menyukarkan proses orgasme wanita. Antara masalah kesihatan yang boleh menyumbang kepada masalah orgasme wanita ialah dari aspek fizikal dan pengambilan ubat-ubatan. Masalah kesihatan dari aspek fizikal adalah seperti kedudukan tulang pelvis yang tidak sekata. Masalah ini boleh berlaku secara semulajadi ketika proses kelahiran, peringkat usia atau kemalangan yang mempengaruhi tulang belakang. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjurus kepada masalah kesihatan yang mempengaruhi fungsi wanita untuk klimaks. Contohnya ubat-ubatan yang merendahkan metabolisme badan, atau ubat-ubatan yang mempengaruhi hormon wanita. Nasihat admin sekiranya anda telah mengenalpasti masalah isteri sukar klimaks adalah berpunca daripada masalah yang berkaitan dengan kesihatan seperti yang admin jelaskan di atas, dapatkan nasihat daripada pakar-pakar perubatan yang bertauliah.

2. Trauma Atau Pengalaman Buruk Berkaitan Hubungan Seks
Wanita yang pernah mengalami trauma seks, atau dalam erti kata lain pengalaman buruk berkaitan hubungan seks akan mengalami masalah untuk orgasme. Ini termasuk pengalaman dirogol atau dicabul pada masa yang lalu. Kadangkala walaupun wanita tersebut telah melupakan pengalaman buruk beliau, minda separa sedar beliau masih merekod pengalaman beliau dan menjadi penghalang untuk beliau orgasme dan klimaks. Pengalaman ini akan membuatkan beliau merasa malu, hilang keyakinan diri, marah dengan diri sendiri, dan tertekan. Perasaan-perasaan ini akan membuatkan beliau sukar untuk klimaks. Jika isteri anda mengalami masalah ini, anda harus memainkan peranan dengan lebih lanjut untuk membantu beliau mengatasi rasa malu dan rendah diri. Dalam erti kata lain anda harus membantu isteri anda meningkatkan keyakinan diri beliau dan menghilangkan mimpi ngeri yang menghantui hidup beliau.

Dua faktor yang admin berikan di atas adalah antara fakt0r-faktor yang menyumbang kepada masalah kenapa isteri anda gagal mengalami orgasme dan klimaks.

Jika dilihat dengan lebih teliti, masalah-masalah ini adalah agak serius dan boleh menggugat kebahagiaan rumahtangga dan hubungan suami isteri. Anda sebagai suami harus mengambil langkah utama untuk menyelesaikan masalah-masalah ini untuk kebahagiaan rumahtangga anda berdua.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/