2 Sebab Rahim Kendur

Sebab Rahim Kendur
Sebab Rahim Kendur

Sebab Rahim Kendur

Masalah rahim kendur atau pun biasanya juga digunakan untuk ‘rahim jatuh’, atau bahasa perubatannya ‘uterovaginal prolapse’. Terdapat banyak sebab kenapa ia boleh berlaku. Namun, penyumbang besar kepada rahim kendur adalah faktor usia, bilangan kehamilan dan proses bersalin yang sukar (seperti kelahiran bayi yang besar, proses meneran yang lama, penggunaan forcep atau vacum semasa proses kelahiran).

Selain dari itu, penyakit kronik seperti lelah yang tidak terkawal sehingga menyebabkan batuk yang berpanjangan, masalah sembelit yang kronik dan aktiviti mengangkat bebanan berat yang kerap, boleh menyumbang kepada berlakunya masalah rahim kendur.

Masalah rahim kendur atau jatuh boleh berlaku apabila terdapat dua perkara berikut:

1. Peningkatan tekanan pada kaviti abdomen dan pelvis yang menolak rahim ke bawah.
2. Pengenduran pada otot lantai pelvis yang menyokong kedudukan asal rahim tersebut.

Anda haruslah ingat bahawa mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Untuk masalah rahim kendur, terdapat faktor yang boleh diubah dan yang tidak boleh diubah.

Faktor yang boleh diubah adalah seperti memastikan bahawa anda tidak mengalami masalah sembelit yang berpanjangan. Ini boleh diubah dengan mengambil air dan makanan berserat yang mencukupi. Selain dari itu, sekiranya ada mempunyai penyakit lelah, pastikan ia terkawal agar tidak mengalami batuk yang berpanjangan.

Faktor yang tidak boleh diubah pula adalah faktor usia. Peningkatan usia wanita berkaitan dengan tahap hormon estrogen yang semakin berkurang. Apabila menopos, keadaan ini akan semakin teruk. Paras hormon estrogen yang rendah menyebabkan kekenduran otot lantai pelvis. Risiko ini boleh dikurangkan dengan sentiasa melakukan senaman otot lantai pelvis atau biasa dipanggil ‘kiegel exercise’.

Anda juga hendaklah melakukan senaman ini setiap kali selepas hamil dan melahirkan anak. Anda boleh mula melakukan senaman ini seawal dua minggu selepas kelahiran, sekiranya tiada masalah dengan luka perineum, ataupun selepas habis berpantang. Ini akan mengurangkan risiko anda mengalami rahim kendur pada masa akan datang. Pengambilan Hormon Terapi Gantian (HRT) selepas menopaus juga boleh membantu mengurangkan risiko rahim kendur.

Wanita yang tidak pernah hamil dan melahirkan secara teorinya tidak akan mengalami rahim kendur, melainkan selepas menopaus. Namun, bagi wanita muda yang baru melahirkan satu dua anak, tetapi telah mengalami rahim kendur, ia tidak akan mengganggu tahap kesuburan wanita tersebut.

Oleh itu, bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, mereka tidak ada kesukaran untuk hamil. Harus diingat, masalah kesuburan boleh datang walaupun setelah melahirkan satu dua anak. Ia tiada kaitan dengan masalah rahim kendur yang anda alami.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/