20 Tips Merancang Keluarga

Merancang Keluarga
Merancang Keluarga

Merancang Keluarga

Merancang keluarga secara semulajadi adalah satu pelan yang biasanya dilakukan oleh pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapat berapa ramai anak yang diinginkan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Ini kerana pasangan suami isteri yang merancang keluarga biasanya ia berkait rapat juga dengan ekonomi rumahtangga pasangan itu.

Hilai tawa anak kecil memenuhi segenap ruang kediaman, pasti jadi idaman kebanyakan mempelai. Pada yang masih belum dikurniakan zuriat, mungkin ada beberapa ikhtiar yang dapat membantu untuk anda dan pasangan membina sebuah keluarga yang diidamkan bersama anak-anak.

Buat pasangan suami isteri, admin ingin kongsikan 20 tips di bawah ini untuk anda merancang keluarga secara semulajadi bersama pasangan.

1.Kuantiti Sperma Lelaki

Tiga puluh peratus kemandulan lelaki disebabkan oleh kualiti dan kuantiti sperma lelaki dan anda wajar menjalani pemeriksaan. Masalah lain kebanyakannya lebih kurang sama dengan wanita. Bagaimanapun, ini adalah tambahan tips khas untuk lelaki di dalam merancang keluarga.

2. Haba Rosakkan Sperma

Elak meletakkan komputer riba di pangkuan kerana haba yang datang dari komputer boleh merosakkan sperma.

3. Sukan Berisiko Tinggi

Usah kerap melakukan sukan berisiko tinggi seperti sukan bola sepak, hoki, bola keranjang dan jika anda sukakan sukan berbasikal, duduk tegak apabila menunggang jauh. Ini dapat mencegah kerosakan kumulatif si penunggang.

4. Bersenam

Apabila bersenam, jangan pakai pakaian yang akan mengeluarkan haba. Sentiasa bersenam secara tetap untuk meningkatkan tahap peredaran di kawasan pelvis malah dapat mengurangkan tekanan tetapi usah terlebih bersenam kerana panas badan melampau boleh mendatangkan masalah – 30 minit untuk senaman sederhana sehari sudah memadai.

5. Mati Pucuk

Ketegangan dan keletihan yang melampau untuk tempoh berpanjangan boleh menyebabkan mati pucuk. Ketika ini peningkatan hormon tekanan akan terjadi dan testosteron mula berkurangan.

6. Sperma Rendah

Keupayaan menghasilkan sperma rendah akibat selesema, jerawat, jangkitan bakteria dan virus, terutamanya prostat urethritis dan epididymitis.

7. Diabetes Dan Tekanan Darah Tinggi

Diabetes dan tekanan darah tinggi mempengaruhi peredaran darah, produksi sperma dalam buah zakar akan menderita. Berbincang bersama doktor sangat disarankan.

8. Penggunaan Tampon

Jangan gunakan tampon, terutama bagi anda yang pernah menghadapi masalah cysts, fibroid atau endometriosis kerana darah haid boleh tersekat di dalam badan anda dan ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi pelan merancang keluarga anda.

9. Ketat

Jangan memakai seluar dalam atau jean ketat kerana ia melemahkan peredaran darah.

10. Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan berlebihan dan rasa lesu berpanjangan terarah kepada ketidakseimbangan hormon. Lakukan meditasi dan senaman yoga serta peroleh tidur yang mencukupi.

11. Kit Ovulasi

Merancang keluarga dengan mencatat carta kitaran menggunakan BBT (kaedah suhu badan basal) apabila pengovuman berlaku atau menggunakan kit ovulasi. Mengadakan hubungan seks setiap 48 jam pada masa ovulasi (sperma bertahan selama dua hari di dalam badan wanita). Hubungan seks yang lebih kerap menghasilkan air mani yang kurang dan oleh itu kurang sperma untuk persenyawaan.

12. Merokok Dan Minum Alkohol

Merokok membahayakan ovari dan pembangunan ovum yang sihat, maka berhentilah jika mahukan cahaya mata. Minum alkohol dan ubat-ubatan lain akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan reproduktif anda.

13. Berat Badan Ideal (BMI)

Bagi anda yang memiliki berat badan berlebihan, turunkan berat badan manakala bagi yang terlalu kurus, tambahkan sedikit berat badan – rujuk carta BMI untuk berat badan seimbang dan ideal bagi membantu anda merancang keluarga dan juga mempunyai fungsi hormon yang normal.

14. Pemakanan Sihat

Amalkan pemakanan sihat dan baik yang mengandungi protein yang mencukupi, sayur-sayuran, buah-buahan, dapatkan cukup zat besi, jika anda penggemar kopi, ambil kopi bebas kafein.

15. Cahaya Matahari

Dapatkan cukup cahaya matahari (1 jam sehari) – kelenjar pineal mengawal hormon pembiakan anda.

16. Ubat Anti-Inflamasi

Usah mengambil ubat-ubatan anti-inflamasi dan steroid (Advil, Motrin) ubat prostaglandin ini akan menyekat pengovuman.

17. Suplemen

Jika anda berumur 30-an atau 40-an, mulalah mengambil suplemen multi-vitamin dan asid folik.

18. Hubungan Seks

Di dalam merancang keluarga, pastikan anda berdua mendapat keseronokan dalam melakukan hubungan seks. Jika otak anda terlalu dipaksa mencuba, dan tekanan makin berleluasa, ia akan menyekat pembebasan hormon anda. Jadi, relaks dan rasai keseronokan bersama.

19. Pengambilan Herba

Untuk merancang keluarga, jangan mengambil sebarang herba tanpa berunding dengan doktor. Ada sesetengah herba boleh merencatkan fungsi fisiologi tertentu.

20. Elak Mandian Wap Dan Sauna

Tidak digalakkan melakukan sauna, mandian wap juga mandi tab panas.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/