24 Tanda Hati Kotor

hati kotor
hati kotor

hati kotor

Hati kotor bermaksud hati yang tidak bersih dari degi rohaniah mempunyai hasad dengki, iri hati kepada orang lain. Untuk menjaga hubungan yang baik dengan Allah SWT dan sesama makhluk kita haruslah membersihkan hati kita daripada segala kejahatan dan sifat negatif.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 24 tanda hati kotor seperti yang tertera dibawah ini :

1. Orang yang hati kotor akan sentiasa merasa resah gelisah walaupun tiada masalah.
2. Orang yang hati kotor selalu berbangga dengan diri sendiri
3. Orang yang hati kotor angkuh dengan pandang hina terhadap semua orang.
4. Orang yang hati kotor sombong dan bongkak.
5. Orang yang hati kotor selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.
6. Orang yang hati kotor suka mengumpat dan membuka aib orang lain
7. Orang yang hati kotor gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
8. Orang yang hati kotor mempunyai lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
10. Suka berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
11. Menyampaikan ilmu dengan riak
12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
13. Berpakaian elok untuk dipuji
14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa
15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)
16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada
17. Solat yang tidak boleh khusyuk
18. Kagum terhadap diri sendiri
19. Selalu mencari salah orang
20. Cinta kepada duniawi dan materialistik
21. Mudah bersangka buruk terhadap orang
22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh
23. Suka bergosip dan menabur fitnah
24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

Sucikanlah hati kita dari segala kekotoran seperti 24 tanda-tanda di atas. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan perbanyakkanlah amal ibadat di dalam kita menuju kehidupan yang lebih abadi di akhirat kelak. Pesanan ini untuk diri admin sendiri dan pembaca sekalian semoga ianya memberi kita peringatan dan manfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/