25 Tips Pisahkan Tempat Tidur Anak

tempat tidur anak

tempat tidur anak

tempat tidur anak

Mempunyai anak kecil yang sedang membesar dan mula menjadi cerdik untuk pisahkan tempat tidur mereka adalah salah satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Mungkin ada di antara kita mengalami masalah untuk berpisah tempat tidur dengan anak-anak. Dari kecil hinggalah berginjak masuk sekolah masih lagi mahu tidur bersama ibu bapa.

Di sini terdapat beberapa tips yang ingin admin kongsikan yang boleh dijadikan panduan bersama.

Di antaranya ialah ;

1. Asingkan Tempat Tidur Anak Lelaki Dan Perempuan

Sediakan satu bilik atau tempat tidur yang sesuai untuk anak perempuan dan satu bilik untuk anak lelaki. Asingkan mereka kerana mengikut Islam anak lelaki dan perempuan harus diasingkan tempat tidur mereka.

2. Hias Tempat Tidur Secantik-Cantiknya

Hias dan kemas bilik atau tempat tidur anak-anak secantik-cantiknya mengikut kemampuan poket anda dan kesesuaian umur anak.

3. Sediakan Katil Yang Sesuai

Sediakan katil yang sesuai untuk anak di dalam bilik atau tempat tidur terutama untuk anak kecil yang lasak tidur. Pemilihan katil amat penting di samping untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk anak juga keselamatan harus diutamakan. Sebaik-baik katil yang sesuai ialah jenis “playpen” yang berdinding jaring kain cotton. Kalau katil bayi yang berkayu biasa, admin khuatir keselamatan anak-anak kerana peluang untuk mereka memanjat dan cedera lebih tinggi dari jenis “playpen”.

4. Katil Yang Menarik Dan Tahan Lama

Untuk anak yang lebih besar, katil tempat tidur kanak-kanak yang sesuai dengan bentuk yang menarik lebih sesuai untuk mereka. Ada berbagai jenis rekaan dan bentuk yang direka khas sesuai dengan jantina dan citarasa mereka. Jika menggunakan katil, kita boleh guna untuk masa yang lama.

5. Cadar Kartun Yang Menarik

Bentangkan cadar yang menarik dengan gambar kartun yang mereka suka di dalam bilik atau tempat tidur mereka. Lebih baik , biar mereka pilih sendiri corak dan warna apa yang mereka suka dengan panduan anda.

6. Bentang Tilam Atau Comforter

Kalau bajet kecil, tidak ada masalah. Bentangkan saja tilam atau comforter pada tempat tidur mereka.

7. Kipas Dan Penghawa Dingin

Pastikan bilik atau tempat tidur anak-anak anda dilengkapi dengan kipas atau penghawa dingin kalau mampu. Ini kerana memandangkan cuaca sekarang yang panas melampau haba yang terperangkap di dalam bilik akan membuatkan anak-anak berpeluh dan tidak selesa untuk tidur.

8. Pasangkan Ubat Nyamuk Dan Jaga Kebersihan Tempat Tidur Anak-Anak

Pastikan ubat nyamuk dipasang atau diperiksa tempat tidur itu terlebih dahulu kalau-kalau ada semut atau lipas. Jadi di sini, kebersihan amat dipentingkan. Sentiasa membersih dan mengemas bilik anak anda. Sentiasa menjemur tilam dan bantal sekerap yang mungkin. Buka tingkap setiap pagi seluas-luasnya untuk pengudaraan dan pencahayaan semaksima yang mungkin agar segala hama dan virus mati.

9. Biar Lampu Terpasang

Pasang lampu tidur di dalam bilik atau tempat tidur anak. Pilih bentuk yang menarik yang mereka suka. Jangan biarkan anak tidur dalam gelap. Tidur dengan lampu tidur lebih baik sebab kalau anak terbangun dan mahu ke bilik air atau mencari kita, mereka tahu ke mana mahu dituju.

10. Gantungkan Ayat-Ayat Suci Al Quran

Pasang atau gantungkan kalimat ALLAH , MUHAMMAD dan ayat KURSI di kepala katil mereka.

11. Gantung Benda Menarik 

Boleh gantung bintang, bulan atau apa saja bentuk yang menarik di siling tempat tidur anak. Elakkan gantung binatang seperti ular, buaya , biawak, dinosaur atau sebarang binatang buas. Ianya tidak elok untuk semangat anak-anak.

12. Latihan

Buat permulaan latihan untuk anak tidur berasingan dari ibubapa, anda boleh menemani mereka pada malam-malam terawal mereka.

13. Jangan Memaksa

Jangan terlalu memaksa mereka untuk berpisah tempat tidur dari kita.

14. Bercerita

Temankan mereka tidur dengan membacakan buku cerita kepada mereka. Pilih cerita-cerita yang sesuai seperti kisah-kisah nabi, para solihin dan cerita kanak-kanak sebagai contoh teladan. Bacakan dengan suara yang lembut, perlahan dan membuai rasa mengantuk mereka. Elakkan cerita seram atau cerita kelakar, nanti mereka langsung tak boleh tidur atau mereka akan ajak anda bermain dan bergurau sampai subuh.

15. Baca Dan Ajarkan Surah-Surah

Bacakan mereka surah-surah yang terpilih dan ajar mereka ikut bacaan anda. Pelat pun pelat la, janji mereka berminat nak ikut.

16. Bantal Peluk

Bagi mereka peluk bantal peluk, bantal busuk atau teddybear atau apa-apa yang mereka selesa dengannya. Sebagai pengganti diri anda dan peneman mereka tidur.

17. Bersabar

Bila mereka sudah lena, bolehlah anda beransur dengan perlahan tinggalkan tempat tidur. Suka diingatkan di sini, ada anak-anak yang mudah tertidur dan senang nak dipisahkan tetapi ada yang tersangat susah. Anda harus banyak bersabar kerana anda sebagai seorang ibu yang penyayang dan jelita. Teruskan dengan cara ini sehingga berjaya.

18. Memberi Semangat

Jika anak mengadu takut, ingatkan dan beri kata-kata semangat kepada mereka bahawa ALLAH sentiasa ada dan menjaga mereka.

19. Jangan Rapatkan Pintu Bilik

Jangan rapatkan pintu bilik anak agar anda mudah mendengar apa-apa bunyi dari bilik mereka.

20. Kerap Memeriksa

Sentiasa bangun memeriksa keadaan bilik atau tempat tidur mereka ketika tidur.

21. Tutup Tingkap Dan Pintu Bilik Air

Pastikan setiap tingkap dan pintu bilik air mereka tertutup.

22. Walkie Talkie

Sebaik-baiknya anda meletakkan pengesan bunyi atau sejenis walkie talkie yang mana alat ini sesuai diletakkan untuk mengesan sebarang bunyi dari bilik anak anda. Anda boleh mendengar suara anak terjaga atau menangis atau mereka memanggil anda dari bilik anda. Tanya penjual bagaimana nak setkan alat tersebut.

23. Bergilir-Gilir

Anda boleh bergilir-gilir suami isteri untuk meneman dan menidurkan mereka.

24. Tidur Awal

Tidurkan mereka awal-awal agar anda ada masa untuk melayan suami atau membuat kerja lain.

25. Kurangkan Mainan

Peringatan di sini, jangan letak banyak mainan di bilik atau tempat tidur anak. Satu dua cukuplah. Setkan di fikiran mereka bilik tidur adalah untuk tidur. Jika tidak sampai pukul berapa pun mereka tidak akan tidur kerana asyik dengan mainan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/