26 Fakta Cinta Islamik

Gambar-Kata-Mutiara-Cinta-Islami

Gambar-Kata-Mutiara-Cinta-Islami

Cinta Islamik adalah cinta yang berputik diantara dua insan iaitu lelaki dan wanita yang terjalin melalui ikatan pernikahan serta mendapat restu kedua orang tua. Cinta Islamik bukan bermaksud pasangan remaja yang sedang hangat bercinta bebas keluar berpacaran walaupun mendapat keizinan orang tua yang ‘sporting’ namun ia masih terdedah kepada godaan syaitan yang sentiasa menunggu masa untuk menjerumuskan mereka ke kancah maksiat.

Berikut adalah 26 Fakta yang tepat mengenai Cinta Islamik

1. Islam memandang cinta Islamik seperti iman. Kerana mencintai adalah sebahagian dari sifat orang yang beriman

2. Cinta Islamik adalah Iman maka harus diungkapkan dengan lisan, diyakini di hati dan dibuktikan dengan tindakan.

3. Mengucapkan cinta pada orang yang kita cintai itu sunnah, Kerana Rasulullah menganjurkannya. Namun ada aturan dan batasannya.

4. Pengucapan cinta ditujukan kepada yang sudah halal kepada teman yang dikagumi kesolehannya kepada orang tua. Tentunya cinta Islamik kerana Allah SWT.5. Islam sangat menjaga kesucian cinta sehingga tidak ada berpacaran sebelum menikah. Maka jangan kotori dirimu dengan cinta yang tak halal bagimu dan jangan salah tafsirkan definisi cinta Islamik.6. Cinta Islamik tidak perlu pasangan itu berpacaran kerana jodoh sudah diatur oleh Allah SWT dan yang paling penting kita menjaga kehormatan dan kesucian diri untuk menjadi orang yang baik Insya Allah jodoh kita pun dikalangan orang yang baik-baik.7. Cinta Islamik berhulu iman, bermuara taqwa, yang mengalir ketulusan dan kejujuran. yang berpegang pada kesetiaan dari sejuta pengorbanan.

8. Cinta Islamik bukan kerana dorongan hawa nafsu semata tetapi datangnya dari iman di dalam diri yang mempunyai akhlak mulia dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

9. Cinta atas dasar nafsu takkan mendatangkan kebahagiaan dan ketenteraman di jiwa, kecuali kesengsaraan dan penghinaan yang berpanjangan.

10. Mencintai seseorang kerana ketaqwaan kita pada Allah adalah sebenar-benarnya cinta. Disinilah letaknya kebahagiaan dalam cinta Islamik

11. Hakikat dari cinta Islamik itu pemberian seutuhnya dirimu kepada pasangan yang dicintai sehingga tiada satu pun yang tersisa dari dirimu

12. Kerana hakikat cinta Islamik adalah pemberian seutuhnya dirimu pada pasanganmu maka tidak ada yang perlu ditutup-tutupi lagi darimu

13. Jika telah menikah, milikmu adalah milik pasangan halalmu | tidak ada yang harus disimpan-simpan | harus saling terbuka itulah dinamakan cinta Islamik.

14. Jika seorang lelaki mencintai seorang wanita maka melamarnya untuk dijadikan isteri adalah bentuk dari pembuktian cinta Islamik.

15. Sikap berpacaran itu berkesudahan hanya menyakiti wanita dan mendekatkan diri pada kemaksiatan yang lebih besar dan akhirnya merugikan wanita.

16. Jika menyukai, segera menikahi. Kalau belum mampu, cukuplah mencintai dalam diam. Demi menjaga kesucian dirimu dan kesucian dirinya.

17. Ali dan Fatimah adalah contoh dari orang yang mencintai dalam diam. mereka saling mencinta namun mereka menjaga hingga indah pada waktunya.

18. Jika kita tidak mampu memiliki orang yang kita cintai dalam diam, yakinlah bahwa Allah SWT telah mempersiapkan yang terbaik untuk kita.

19. Allah SWT akan memberikan pasangan jiwa yang sesuai dgn perangai kita | jika ingin dapat yang baik, jadilah orang baik | (baca QS An-Nur: 26)

20. Adapun bila pasangan kita buruk maka itu adalah ujian bagi kita untuk menjadi hamba-Nya yang sabar. Dan surgalah tempat mereka yang bersabar

21. Ingatlah bahwa cinta sejati hanyalah milik Allah.. Cinta manusia hanya akan membuatmu terluka. Maka cintailah manusia kerana Allah SWT.

22. Jika kita mencintai seseorang kerana Allah SWT maka kita akan memaafkan kesalahan yang dilakukan olehnya. Manusia tidak boleh lari daripada membuat kesilapan dan setiap orang yang kamu cintai pasti akan memiliki kesalahan atau kisah silam.

23. Cintailah sekadar saja kerana ia boleh bertukar menjadi perasaan benci. Bencilah sekadar saja kerana ia boleh bertukar menjadi perasaan cinta.

24. Mencinta sekadar saja tidak akan membuatmu merasa kehilangan yang teramat sangat saat orang yang kau cintai meninggalkanmu

25. Mencintai dengan berlebihan akan membuatmu begitu sakit saat yang kau cintai pergi meninggalkanmu. Di dunia tiada yang abadi.

26. Hanya cinta Allah yang abadi maka cintailah cintamu kerana-Nya agar cintamu abadi hingga dipertemukan di akhirat kelak.

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan apabila mereka dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan dalam islam.Antara ayat-ayat yang sering kali diungkapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah :

‘ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..’

‘saya cintakan awak kerana Allah..’

‘Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..’

Firman Allah S.W.T:

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

‘macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!’

‘kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?’

‘tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’

‘kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..’

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Nota Cinta :

Cinta Islamik atau Islamic Love hanya wujud selepas nikah jer

Bercinta lepas nikah lebih indah dan berkat(orang kata dan memang pun)

jangan ber”couple ” sebelum nikah nanti dah nikah dah bosan untuk couple…

 

Semoga bermanfaat.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/