3 Amalan Miliki Kulit Anjal Gebu

Amalan Miliki Kulit Anjal Gebu
Amalan Miliki Kulit Anjal Gebu

Amalan Miliki Kulit Anjal Gebu

Setiap wanita mengimpikan kulit yang kelihatan anjal gebu dan cantik. Apatah lagi, sekiranya sering dipuji oleh rakan-rakan ataupun suami. Untuk memiliki kulit anjal gebu dan cantik ia seharusnya seiring dengan kecantikan dalaman, bila dalaman kita baik, cantik dan suci secara automatik auranya membantu membentuk kecantikan luaran pada wajah juga.

Selain vitamin ada amalan di dalam Islam menjadi amalan bagi Muslimah miliki kecantikan kulit anjal gebu adalah antara salah satu cara untuk mencantikkan kulit anda, bermula dari dalam sehingga luaran selain mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan pemakanan seimbang.

Antara 3 amalan zikir dan ayat suci Al Quran bagi memiliki wajah anjal gebu cantik mempersona.

Anda boleh mengamalkan mana-mana amalan yang diberikan, tetapi haruslah berterusan untuk mendapatkan wajah anjal gebu dan cantik mempersona.

Amalan Pertama

Amalan ini haruslah dilaksanakan selepas waktu solat Isyak

  • Tuangkan segelas air.
  • Baca Al-Fatihah diikuti dengan ayat Qursi dengan sempurna.
  • Kemudiaan, disudahi dengan Ayat 35-35 dari Surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
  • Hembuskan lembut ke dalam air dan minum.
  • Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan demi kebahagiaan rumahtangga.

Amalan Kedua

Alunkan zikir seperti yang tertera di bawah dan niatkan alunan zikir supaya wajah kelihatan berseri dari luar dan dalam.

  • Ya Badiyah x 1.
  • Ya Nur x 1.
  • Ya Hadi x1 .
  • Ya Allah x 3.
  • Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.

Amalan Ketiga

  • Setiap kali selepas solat subuh, bacalah ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari Surah Al-Waqiah.
  • Sejurus selesai membacanya, hembuskan pada air dan minumlah air tersebut.
  • Niatkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam kerana Allah Taala.

Selain itu juga mari ketahui info ekstra Petua Bahagia ketahui rahsia kombinasi vitamin untuk mendapatkan kulit gebu walaupun tanpa make-up. Bak kata orang ‘natural beauty’.

4 Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Anjal Gebu Dan Cantik

1. Vitamin A

Tahukah anda Vitamin A juga merupakan vitamin untuk kulit cantik. Jika kulit anda bersisik, kering atau berjerawat, ini bermakna anda kekurangan Vitamin A. Vitamin A ini memainkan peranan yang penting kerana ia akan membantu memulihkan tisu yang rosak dan membantu pembentukan sel kulit baru yang lebih sihat. Namun awas, Vitamin A jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. Jadi jika anda mahu ambil Vitamin A pastikan ia dalam bentuk beta-carotene kerana ia hanya akan diaktifkan apabila badan kekurangan Vitamin A.

2. Vitamin B Complex

Mungkin ramai yang tidak mengetahui Vitamin B Complex sebagai vitamin untuk kulit cantik. Tapi bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi B Complex atau amalkan vitamin B Complex, kesan paling ketara yang dapat dilihat adalah kulit yang ‘glowing’. Vitamin B9, Vitamin B6 dan Niacin dalam Vitamin B3 akan membantu sel kulit menerima oksigen secukupnya sekaligus mengelakkan pembentukan jerawat dan menggalakkan pembentukan semula sel-sel kulit. Hasilnya kulit akan sentiasa tampak bersih, sihat dan muda.

Vitamin B5 juga akan mengecilkan liang pori menjadikan kulit lebih halus dan meratakan tona kulit supaya kulit kelihatan lebih cantik dan berseri. Jika anda mempunyai kulit kering, kasar dan ada whiteheads atau blackheads, ambillah vitamin B Complex.

3. Vitamin C 

Vitamin C memang diketahui umum mempunyai kebaikan untuk kulit kerana ia dapat membentuk merangsang kolagen dalam kulit. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu,jika kolagen dalam kulit anda berkurangan,ia akan menimbulkan kedutan pada kulit.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat melambatkan penuaan, menjadikan kulit anda lebih cerah anjal gebu dan cantik juga menyekat pembentukan pigmentasi pada kulit. Pigmentasi merupakan punca tercetusnya jeragat. Kebaikan vitamin C yang lain ialah:

  • Melancarkan peredaran darah sehingga kulit kelihatan lebih segar.
  • Merawat jerawat di wajah & badan.
  • Kulit yang sekata, cerah dan lembab.

4. Vitamin E 

Bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi Vitamin E, kulit mereka akan tampak awet muda berbanding usia sebenar. Vitamin E juga termasuk dalam kombinasi vitamin untuk kulit cantik kerana sebiji kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan,mengurangkan kedutan, garis halus, menjaga kesegaran dan keremajaan kulit,melindungi kulit dari sinaran ultra-ungu, menjaga kelembapan kulit, dan juga menghapuskan radikal bebas yang merosakkan. Selain itu juga,Vitamin E dapat memulihkan tekstur kulit dan menghilangkan kesan parut pada kulit.

 

Kesimpulan

Sememangnya gabungan 4 vitamin ini terkenal dalam menghasilkan kulit yang anjal gebu, halus dan licin. Tetapi anda perlulah sabar untuk melihat hasilnya. Jangan mudah berputus asa untuk mendapatkan kulit yang anjal gebu dan cantik. Elakkan juga daripada mendapatkan kecantikan ekspress dengan menggunakan suntikan. Anda juga harus ingat,sebaik-baik kecantikan adalah ‘beauty come from within’ iaitu kecantikan yang lahir dari dalaman.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/