3 Bahaya Ketagihan Dadah

ketagihan dadah
ketagihan dadah

ketagihan dadah

Ketagihan dadah melibatkan dua isu atau dua perkara yang tidak semestinya berkait. Pertamanya adalah dadah yang ditakrifkan sebagai bahan kimia yang memberi kesan kepada fungsi biologikal pada manusia atau haiwan. Terdapat sejumlah bahan kimia yang boleh dipertimbangkan sebagai sah atau tidak sah.

Ketagihan dadah pula ialah keadaan yang melibatkan beberapa ciri seperti kehendak yang kuat untuk mengambil dadah tersebut, kesukaran mengawal penggunaannya dan masalah berkaitan kesan daripada pengambilan dan penggunaan dadah tersebut.

Mereka yang ketagihan dadah mengikut takrif mengalami penyakit berunsur psikologi dari segi dorongan dan fizikal dari segi kesan kepada kesihatan badan. Pengambilan dadah tanpa ciri-ciri ini tidak menepati definisi ketagihan dadah, sebaliknya dikenali sebagai percubaan dadah. Percubaan boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah yang boleh mengakibatkan ketagihan dadah.

1. Bagaimanakah Seseorang Itu Ketagihan dadah?

Dadah yang disalahgunakan biasanya membawa kepada rasa euforia atau keterujaan, dan seringkali dikaitkan kepada perasaan atau sensasi positif dan memberi pengguna perasaan tenaga yang bertambah. Dadah yang memberi kesan sebaliknya seperti kemurungan dan kelesuan berkemungkinan rendah disalahgunakan.

Dadah yang sering diambil dan disalahgunakan biasanya merangsang pengeluaran dopamin, satu neurotransmiter (bahan kimia dalam otak) yang dipercayai membuatkan kita “rasa bagus”. Dopamin bertindak di sistem limbik otak yang mengandungi pusat nikmat yang membuatkan kita berasa gembira.

Manusia menghasilkan dopamin tanpa dadah melalui aktiviti-aktiviti yang membawa nikmat seperti makan, riadah, dan juga seks. Hasilnya, kita sering cuba untuk mengulang aktiviti-aktiviti ini untuk menghasilkan lebih banyak dopamin. Dadah yang disalahgunakan “menggodam” sistem ini dengan menghasilkan dopamin secara ‘eksogenus’ atau luaran, misalnya penghasilan dopamin dengan pengambilan atau penggunaan dadah tersebut.

Kesudahannya, masa berlebihan yang digunakan untuk mencari dadah membawa kepada keruntuhan hubungan sosial seperti keluarga dan rakan-rakan dan menyebabkan kemudaratan kepada badan seperti diet yang kurang sihat atau penggunaan dadah berisiko seperti suntikan. Ketika dalam ketagihan dadah, risiko-risiko lain boleh berlaku seperti kecederaan, hubungan seks tanpa perlindungan, dan kemalangan maut.

2. Mengapakah Orang Ketagihan Dadah?

Sesetengah individu disangka mempunyai risiko lebih tinggi untuk ketagihan atas faktor keturunan. Tetapi, ini hanya menjelaskan lebih kurang 50% kes-kes ketagihan dadah. Biasanya individu yang mempunyai risiko disebabkan keturunan mempunyai sejarah keluarga positif ketagihan. Pengenalan gen ketagihan dadah membolehkan penyelidik memahami perkara ini. Perlu ditekankan bahawa persekitaran dimana penggunaan dadah berleluasa meningkatkan risiko penggunaan dan seterusnya menyebabkan masalah ketagihan dadah.

Perkara ini disangka berlaku pada ketagihan jenis amfetamina yang memberi kesan peningkatan dopamin daripada sel penghasilan dopamin tetapi juga membawa kematian kepada sel-sel tersebut. Kesannya, penggunaan tetap dadah tersebut diperlukan untuk membolehkan pengguna mengalami mood yang hampir sama kepada mood ‘normal’.

3. Apakah Yang Akan Berlaku Seterusnya?

Kesannya, ketagihan dadah akan membawa kepada tingkah laku kompulsif. Otak merupakan struktur dinamik yang boleh membiasakan kepada kadar dopamin yang tinggi. Oleh itu, secara tidak sengaja ia tersedia untuk lebih banyak dopamin yang membawa kepada konsep “otak lapar”. Sistem limbik juga terletak berdekatan pusat memori. Disebabkan penggunaan dadah ialah untuk pengalaman positif atau untuk meredakan pengalaman negatif, penggunaan dadah sering dikaitkan kepada pengalaman tersebut yang menyebabkan situasi-situasi tertentu, pengalaman, atau objek bertindak sebagai pencetus penggunaan dadah berterusan. Hal ini juga menjadikannya lebih sukar untuk berhenti. Mereka yang berjaya menghentikan penggunaan dadah sering melaporkan situasi kronik berbalik kepada ketagihan dadah.

Kedua-dua sarak fizikal dan psikologikal dilaporkan dan berbeza bergantung kepada kelas dadah yang digunakan. Di mana gejala sarak lebih pendek, misalnya dalam beberapa tahun bagi sesetengah kes, sarak psikologikal yang juga dikenali sebagai kemahuan, boleh bertahan selama bertahun-tahun. Kemahuan ialah keinginan tinggi yang berlaku secara tiba-tiba pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, pengajaran yang boleh diambil ialah mencegah lebih baik dari mengubati. Percubaan boleh membawa kepada penyalahgunaan yang mungkin melibatkan risiko ketagihan dadah yang amat kronik. Sekiranya ada merasakan anda mengalami ketagihan dadah, dapatkan pertolongan. Lebih awal anda mendapatkan bantuan, lebih baik untuk keadaan anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/