3 Baik Buruk Kahwin Lelaki Muda

Kahwin Lelaki Muda

Kahwin Lelaki Muda

Kahwin Lelaki Muda

Umur bukan lagi penghalang untuk seseorang itu jatuh cinta. Bagi perempuan yang sukakan lelaki muda untuk dijadikan suami harus mengetahui kebaikan dan keburukannya. Perkara biasa jika kita mendengar perempuan bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia. Sejak akhir-akhir ini, trend bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda makin menjadi-jadi. Kalau kita perhatikan para selebriti wanita kita pun ada yang selesa memilih untuk bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda.

Pada artikel kali ini admini ingin kongsikan 3 keburukan dan kebaikan bercinta atau berkahwin dengan lelaki muda.

KEBURUKAN

1. Kurang Matang

Risiko bercinta dengan lelaki muda adalah dari segi kematangannya. Ia sedikit mencabar apabila kamu perlu mengalah untuk beberapa perkara kerana sikapnya yang kurang matang. Jadi harus banyak bersabar melayan kerenah pasangan anda lelaki muda itu tadi.

2. Kewangan

Jangan expect lelaki muda mempunyai kewangan yang kukuh, kalau ada pun cuma segelintir. Silap haribulan kamu yang perlu menyara si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki muda suka menghabiskan duit gajinya dengan berbelanja untuk barang-barang berjenama kerana mengikut fesyen semasa dan pengaruh dari kawan-kawan. Selain itu duit simpanan lelaki muda juga banyak dihabiskan dengan berhibur bersama kawan-kawan.

3. Komitmen

Lelaki muda selalunya belum puas lagi dengan zaman bujangnya jadi untuk settle down akan menjadi list terakhir baginya. Usia kamu semakin meningkat dan rasanya dah tiba masa untuk berkahwin tapi rasanya bukan untuk dia.

KEBAIKAN

1. Awet Muda

Kata orang jika pasangan kita jauh lebih muda, kita akan curi sedikit awet muda dari pasangan. Rakan-rakan takkan tahu yang si dia jauh lebih muda dari kamu kerana mungkin cara kamu berdua bercinta membuatkan nampak sebaya.

2. Seks

Bagi yang merancang untuk berkahwin, usah gusarkan stamina lelaki muda ketika ‘bersama’ di atas ranjang. Lelaki muda ni jauh lebih bertenaga, agresif dan suka mencuba sesuatu yang baru dengan pelbagai aksi atau posisi seks yang baru ketika melakukan hubungan seks. Kamu pasti akan rasa teruja dan seronok melayari gerbang perkahwinan bersama si dia. Tetapi awas jangan sampai aksi seks lelaki muda itu tadi melampaui batas dan melanggar hukum agama dan jika dia ingin meliwat (main bontot) anda jangan benarkan kerana ia adalah seks diluar tabie yang diharamkan agama Islam.

3. Manja

Ada sesetengah wanita yang suka memanjakan pasangan mereka. Dan tak semua lelaki suka dimanjakan lagi-lagi lelaki yang berusia. Tapi berbeza dengan lelaki muda, mereka lebih suka dibelai dan dimanjakan pasangan sebab itu dia memilih kamu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/