3 Cara Atasi Gout

Penyakit Gout
Penyakit Gout

Penyakit Gout

Masalah penyakit gout memang telah lama dikaitkan dengan makanan. Antaranya makanan laut, daging, kekacang dan minuman beralkohol. Pada waktu dahulu, rawatan gout meliputi penjagaan diet pemakanan yang ketat. Namun kini dengan adanya  ubat-ubatan yang lebih berkesan, penjagaan diet menjadi kurang penting. Sebab itulah doktor jarang memberikan panduan secara terperinci mengenai diet harian untuk penghidap gout.

Gout berlaku apabila asid urik di dalam darah bertukar menjadi kristal di sekeliling sendi. Kehadiran kristal asid urik ini akan menyebabkan sendi bengkak dan sakit. Asid urik terbentuk daripada sejenis bahan yang dinamakan ‘purine’. Purine boleh terbentuk dengan sendiri oleh badan tetapi ia juga boleh didapati daripada makan. Sekiranya kita dapat mengawal diet yang mengandungi purine, ia boleh membantu serangan gout. Mungkin dengan amalan diet dan pemakanan yang seimbang ini tidaklah sampai boleh menyembuhkan gout tetapi ianya dapat membantu mengurangkan serangan gout.

KAWAL DIET PEMAKANAN

1. Kurangkan Daging, Ikan Dan Organ Dalaman

Makanan ini mengandungi kandungan purine tinggi. Jika anda masih ingin makan daging, hadkan pada lingkungan 150gm daging sehari. Selain itu juga makanan laut juga antara penyumbang kepada masalah sakit gout ini. Kurangkan ambil makanan seperti sotong, udang, ketam, kupang dan juga kerang. Kandungan asid urik yang terdapat di dalam makanan laut ini sangat tinggi dan berisiko tinggi kepada pesakit gout.

2. Kurangkan Makanan Berlemak

Lemak tepu menghalang badan daripada membuang asid urik dengan lancar. Menggantikan protein daging dengan protein tumbuhan seperti legume dan kekacang, serta mengambil susu rendah lemak boleh mengurangkan lemak tepu dalam badan. Mengambil lemak tepu berlebihan boleh menyebabkan obesiti yang dikaitkan dengan gout.

3. Elakkan Minuman Beralkohol

Minuman beralkohol menyebabkan badan susah membuang asid urik daripada badan. Selain memudaratkan kesihatan, pengambilan minuman beralkohol ini antara penyebab pesakit gout sukar sembuh.

Anda perlu mengurangkan berat badan tetapi jangan ‘crash diet’ atau ‘high protein’ diet kerana ia boleh menyebabkan serangan gout. Anda juga perlu mengambil air yang banyak untuk membuang asid urik berlebihan dalam badan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/