3 Cara Diet Oatmeal

Cara Diet Oatmeal
Cara Diet Oatmeal

Cara Diet Oatmeal

Oatmeal bukan sahaja mempunyai pelbagai manfaat buat kesihatan, malahan juga boleh menurunkan berat badan. Bagi pengidap sakit jantung dan diabetis, pengambilan oatmeal bukan lagi asing bagi mereka. Dengan diet oatmeal mereka dapat menjaga gula darah agar tetap normal serta kadar kolesterol. Oatmeal adalah sejenis bijirin yang kaya dengan serat dan amat bagus untuk kesihatan tubuh badan manusia. Ia boleh didapati di mana-mana pasaraya yang menawarkan pelbagai jenis oatmeal yang sangat mudah disediakan untuk sarapan pagi.

Pengambilan oatmeal turut menyihatkan jantung, mengurangkan kolesterol, mencegah kanser, mempertahankan gula, membantu proses kecantikan dan juga diet kerana kandungan serat yang terkandung di dalamnya. Ia membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan khasiat bijirin jika diamalkan selalu pengambilannya boleh mencegah penyakit dan juga menguatkan sistem pertahanan tubuh badan bagi melawan penyakit.

Diet Oatmeal

Anda boleh menerapkan diet oatmeal ini selama sebulan. Anda boleh mengkombinasikannya dengan raspberry, strawberry ataupun blueberry agar kandungan antioksidan dalam oatmeal anda benar-benar tidak hilang khasiatnya. Jika anda ingin mendapat kandungan protein, anda boleh menambahkan telur rebus dalam sajian bijirin anda.

1. Untuk sarapan pagi

Anda boleh sediakan setengah cawan oatmeal dan satu cawan susu tanpa lemak. Kemudian didihkan susu tanpa lemak dan bijirin selama satu minit di atas api yang sederhana. Tabur serbuk kayu manis dan kismis. Jika menggunakan microwave, masak selama satu setengah minit.

2. Untuk makan tengahari

Nikmati semangkuk oatmeal dengan yogurt. Yogurt akan membantu anda untuk menghilangkan rasa jemu menikmati bijirin. Di samping itu juga, yogurt akan membantu sistem penghadaman agar lebih sihat.

3. Untuk makan malam

Cuba makan oatmeal sebelum anda makan malam. Ia akan membantu anda supaya makan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan lupa untuk menikmati hidangan makan malam yang rendah kalori.

Kesimpulannya

Anda boleh gandingkannya dengan anggur, pisang, epal, kacang hijau dan lobak merah. Selain pengambilan makanan tersebut, anda juga disarankan melakukan senaman. Paling kurang tiga kali seminggu, selama tidak kurang daripada 30 minit. Di samping itu, jangan lupa minum air putih lapan gelas sehari untuk melancarkan metabolisme tubuh.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/