3 Isyarat Isteri Ajak Berasmara

Isyarat Isteri Ajak Berasmara
Isyarat Isteri Ajak Berasmara

Isyarat Isteri Ajak Berasmara

Bila berbicara soal hubungan suami isteri siapa yang memulakan dahulu ajak berasmara pasti ramai yang beranggapan suami yang harus memulakannya dulu. Namun ramai wanita yang beranggapan bahawa lelakilah yang paling sukar untuk difahami, namun hakikatnya dalam wanitalah yang sukar untuk difahami ketika di ajak berasmara.

Jadi, tidak hairanlah jika lelaki menganggap wanita adalah makhluk paling sukar untuk difahami dan sering membuatkan mereka berasa bingung bila isteri memberikan isyarat atau hint ajak berasmara. Ini adalah kerana, biasanya apa yang terlahir daripada mulut wanita, belum tentu sama apa yang diinginkan oleh hatinya! Wanita seringkali menggunakan komunikasi ‘non verbal’ atau hint untuk ajak lelaki berasmara atau melahirkan apa yang terlintas di fikiran mereka.

Sikap tersebut ternyata turut terjadi di saat mereka inginkan hubungan intim atau nak ajak berasmara atau melakukan hubungan seks dengan pasangannya. Sekalipun dengan suaminya sendiri, wanita seringkali sukar untuk mengatakannya secara langsung. Mereka seolah-olah malu untuk melahirkan apa yang tersirat di hati sedangkan kaum suami pula sering kurang peka terhadap bahasa tubuh yang cuba ditunjukkan oleh isteri.

Berikut di bawah ini adalah 3 isyarat isteri ajak berasmara.

1. Bahasa Tubuh

Belajar fahami bahasa tubuh. Biasanya ketika isteri ajak berasmara, secara automatik tubuhnya akan merespons apabila anda mendekatinya.Tanpa diminta, dia akan mendekati dan cuba memeluk anda. Selain itu, anda boleh lihat jari pasangan anda. Jika melengkung, itu merupakan isyarat dia sudah bersedia untuk di ajak berasmara dan berada di dalam dakapan anda.

Namun, jika pasangan anda hanya terdiam kaku, dan hanya anda yang terpaksa bekerja sendirian tentu ada sesuatu yang tidak kena. Kemungkinan anda perlu mengubah posisi atau fokus pada zon sensitif seksualnya supaya detik itu berakhir dengan kemanisan.

2. Lengannya Memeluk Erat Lengan Anda

Ketika berada dekat dengan anda, si isteri akan menggerakkan lengannya untuk memeluk anda. Mungkin juga kepalanya berada di atas dada anda. Itu merupakan salah satu caranya untuk mengatakan bahawa dia ajak berasmara dan menginginkan sesuatu yang lebih daripada anda.

3. Nafas Kencang

Ketika wanita mula ghairah, bunyi nafasnya akan kedengaran semakin cepat. Ada sebahagian wanita yang mengeluarkan dengusan-dengusan halus. Selain itu, denyutan jantungnya juga menjadi bertambah cepat, dan pada ketika itu mungkin tubuhnya sudah mula menginginkan orgasme. Pada ketika wanita mula terangsang, organ tubuhnya akan memerlukan lebih banyak oksigen. Jadi, sebab itulah denyutan jantungnya menjadi semakin cepat dan nafas mula tercungap-cungap.

Kesimpulannya

Setiap wanita berbeza-beza dalam menunjukkan signal rangsangannya. Jadi sebagai pasangan, anda perlu tetap peka dalam menerima semua bahasa tubuh yang diperlihatkan oleh isteri anda. Wanita juga boleh berasa bosan. Tak ada salahnya jika anda  melakukan pancingan-pancingan yang berbeza dengan sebelumnya untuk lebih menarik perhatiannya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/