3 Jenis Penyakit Amnesia

Jenis Penyakit Amnesia
Jenis Penyakit Amnesia

Jenis Penyakit Amnesia

Apa itu penyakit amnesia? Pengertian penyakit amnesia adalah kehilangan ingatan atau memori, yang terjadi ketika seseorang hilang kemampuan untuk mengingat peristiwa dan maklumat yang biasanya mereka mampu mengingat.

Penyakit amnesia boleh bermula secara tiba-tiba atau mungkin mengambil masa selama beberapa tahun.Penyakit amnesia boleh menyedihkan bagi orang yang terkena dan memberi kesan bukan sahaja pada dirinya, malah keluarga mereka.

3 Jenis Penyakit Amnesia.

1. Amnesia Disosiatif

Jenis amnesia ini umumnya dikaitkan secara psikologi dengan peristiwa yang menyebabkan seseorang itu mengalami trauma.

2. Amnesia Anterograde

Amnesia jenis ini menyebabkan seseorang itu tidak mampu mengingat semua perkara selepas terjadinya kemalangan atau gangguan penyakit ini. Sama ada nama, rupa atau apa sahaja ucapan walaupun anda sudah berkali-kali mengajarnya.

3. Amnesia Retrograde 

Amnesia jenis ini tidak mampu mengingat semua perkara yang telah berlaku sebelum seseorang itu mengalami penyakit ini. Amnesia jenis ini biasanya disebabkan oleh kemalangan yang teruk dan gangguan kepada otak.

Jika anda bimbang kerana anda atau seseorang yang terdekat mengalami amnesia, temui doktor segera. Doktor akan melakukan penilaian awal dan bertanya tentang gejala, risiko keluarga dan gaya hidup. Mereka juga boleh mencadangkan ujian darah.

Penyebab Lain :

  • Kecederaan kepala, mungkin disebabkan kemalangan.
  • Strok yang memotong sebahagian daripada bekalan darah ke otak dan menyebabkan rangkaian otak mati.
  • Jenis ubat tertentu, seperti ubat penenang dan beberapa rawatan untuk penyakit Parkinson.
  • Penyalahgunaan alkohol jangka panjang.
  • Pendarahan di otak, yang dikenali sebagai pendarahan subarachnoid
  • Kekurangan vitamin B1.
  • Tekanan atau trauma yang menyebabkan ingatan seseorang rosak.
  • Ketumbuhan otak.

Langkah Pencegahan.

1. Melakukan aktiviti fizikal secara berkala

Aktiviti fizikal boleh meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan, termasuklah otak.

2. Memastikan pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat untuk jantung juga berfaedah untuk kesihatan otak.

3. Sentiasa melakukan tugasan dengan teratur

Menyimpan senarai untuk perkara yang perlu dilakukan, memperuntukkan tempat tertentu untuk menyimpan dompet, kunci dan barangan keperluan yang lain.

4. Sentiasa menggunakan otak secara aktif

Aktiviti perangsang otak boleh membantu mengekalkan kecergasan otak dan mencegah masalah ingatan.

5. Selalu bergaul 

Pergaulan sosial boleh mencegah kemurungan dan stres yang mungkin menyebabkan masalah ingatan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/