3 Jenis Sabar Menurut Islam

11-indahnya-kesabaran
allah-bersama-orang-yang-sabar
Sabar dalam konteks agama Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan sabar juga ibu kepada segala akhlak di dunia. Sabar menurut bahasa bererti menahan dan mengekang. Di antaranya disebutkan pada QS.Al-Kahfi [18]: 28 “Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keredhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.” Kebalikan sabar adalah jaza’u (sedih dan keluh kesah), sebagaimana di dalam firman Allah QS. Ibrahim [14]: 21, “…sama saja bagi kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.”
Manakala menurut syariat Islam pula sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah SWT dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Sebagai contoh yang paling mudah adalah solat 5 waktu.. Hendaklah kita sabar dalam menunaikan solat lima waktu ini dengan penuh keimanan.

Makna hakikat sabar ialah kurikulum yang amali dari sudut menyelesaikan masalah dan matlamat sebenar. Kesabaran ialah kunci kehidupan bagi seluruh makhluk alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Fikrah kesabaran boleh diambil i’brah sebagai contoh jika dibayangkan bumi ini bergerak dan berfungsi tanpa ada sifat kesabaran, dengan secara tiba-tiba malam bertukar kepada siang, dan sebaliknya, dan bayangkan tumbuhan yang tumbuh sekali gus tanpa menyempat, memang hancurlah bumi Allah SWT ini tanpa hala tujuan dan tidakkah keadaan ini menyulitkan.

Sebenarnya Allah SWT hendak membuktikan setiap makhluk yang Allah SWT ciptakan mempunyai sifat-sifat tersendiri yang boleh kita peroleh sebagai manfaat. Sifat sabar ini juga dalam masa yang sama dapat memenjarakan ketaatan kita kepada Allah SWT. Kenyataan ini dapat diterangkan seperti berlakunya sesuatu musibah atau ujian yang berat bagi kita, tanpa berdalih kita mesti berbalik kepada Allah SWT yang mana dari setiap yang berlaku semuanya datang dari Allah Azza wa Jalla.

11-indahnya-kesabaran

3 Jenis SABAR

1. Sabar dalam melakukan Ketaatan Dalil: Allah SWT berfirman: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.” (Thaaha: 132).

Ulasan :

(1) Solat adalah tiang agama maka taat dalam melaksanakannya adalah ciri-ciri orang yang sabar.

(2) Puasa wajib di bulan Ramadhan mendidik diri supaya sabar dalam merasai lapar dan dahaga dengan menjalani proses tarbiyah selama sebulan agar menjadikan diri kepada ketakwaan.

(3) Zakat juga menjadi kewajipan kepada orang yang dikurnia rezeki lalu diasingkan sedikit rezeki itu untuk keperluan ummah.

(4) Haji adalah kemuncak kerinduan kepada Maha Pencipta menyahut seruan-Nya lalu melaksanakan ibadah dengan penuh tertib agar dianugerah kebaikan (mabrur).

2. Sabar dalam menjauhi Maksiat Dalil: Allah SWT berfirman: “Yusuf berkata: ‘Wahai Rabbku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika Engkau tidak hindarkan aku dari tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh’.” (Yusuf: 33).

Ulasan:

(1) 5 jenis gangguan kepada mukmin iaitu:

a. Syaitan yang menyesat.

b. Nafsu yang menghasut.

c. Munafik yang membenci.

d. Muslim yang dengki.

e. Kafir yang memerangi.

Kelima-lima gangguan ini akan sentiasa menjadi penghalang malah ia juga mampu menjadi pendorong kepada kejahatan dan kepada maksiat.

(2) Dengan melakukan maksiat maka berdosalah kita kerana dosa menjadi penyebab hati menjadi kotor, dosa adalah punca kepada balasan neraka.

(3) Jauhilah maksiat, jauhilah dari melakukan dosa kerana kekuatan bersabar dari mendekati kepada keburukan akan mendapat balasan tempat yang mulia baik di dunia juga di akhirat.

3. Sabar dalam menerima Takdir Dalil: Allah SWT berfirman: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.)” (Al-Baqarah: 155-156).

Ulasan:

(1) Marilah kita kuatkan kesabaran terhadap Qada’ dan Qadar daripada Allah SWT sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan atau musibah.

(2) Jika ditakdirkan mendapat kesenangan maka kita tetap bersyukur kepada Allah SWT.

(3) Jika ditakdirkan menerima musibah atau kesusahan maka kita tetap bersabar dan tidak menyalahkan takdir.

(4) Malah ujian yang datang kepada mukmin itu ditempuh dengan ilmu dan iman agar berjaya mendapat kurniaan syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Wallahu a’lam.. Semoga bermanfaat… In Shaa Allah..

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/