3 Jenis Urutan Asmara

Urutan Asmara
Urutan Asmara

Urutan Asmara

Pada artikel kali ini, admin akan kongsikan bersama semua pembaca Petua Bahagia 3 jenis urutan asmara yang boleh anda lakukan bersama pasangan anda di mana ia boleh dijadikan sebagai mukadimah sebelum aktiviti seks anda berdua. Memang tidak dapat dinafikan lagi, hidup berumahtangga selepas perkahwinan bersama insan tercinta merupakan satu saat yang paling manis dalam hidup anda. Hidup anda akan menjadi lebih indah dipenuhi dengan belaian dan kasih sayang yang pasangan anda berikan kepada anda.

Waktu anda bersama ketika ingin menjalin hubungan seks merupakan satu detik yang harus anda manfaatkan bersama. Anda tidak seharusnya hanya fokus untuk secara terus melakukan hubungan seks. Banyak lagi yang boleh anda lakukan sebenarnya untuk mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Contoh yang boleh anda lakukan ialah dengan melakukan urutan asmara. Perkara pertama ialah anda haruslah pastikan anda berdua berada dalam keadaan yang tenang dan tidak terburu-buru. Anda boleh pasangkan muzik romantik berentak perlahan atau pasang lagu-lagu cinta.

Mulakan dengan mengurut bahagian kaki pasangan anda. Gunakan jari-jemari tangan anda untuk mengurut celah-celah jari-jari kaki pasangan anda. Gunakan minyak urutan yang beraroma wangi dan menyenangkan. Akhir sekali, gosok tapak kaki pasangan anda menggunakan ibu jari anda hingga dia boleh menjadi benar-benar ghairah untuk meneruskan ‘aksi’ yang seterusnya ? Mengurut kaki boleh melancarkan perjalanan sistem peredaran darah tubuh anda. Ini boleh membuatkan diri anda rasa lebih bertenaga dan akan lebih berasa nikmat serta puas ketika melakukan seks kelak.

af6a13e34d50b20f_57564268.preview

Berikut adalah 3 jenis urutan asmara yang dimaksudkan oleh admin seperti di atas tadi:

1. Urutan Asmara Cakar Harimau

Isteri mengurut tengkuk suami dengan penuh kasih-sayang. Seterusnya lakukan urutan pada bahagian bahu hingga lengan dia. Percayalah, pasti suami anda akan lebih menyayangi anda setelah selesai anda lakukan urutan jenis ini.

women-giving-man-love-massage-e1300165843463

2. Urutan Asmara Aromaterapi

Anda gunakan minyak aromaterapi untuk mengurut seluruh badan pasangan anda. Ianya dapat memberi kesegaran dan mengurangkan rasa stress akibat bekerja seharian suntuk.

Valentines-day-massage-specials2

3. Urutan Asmara Refleksologi

Urutan jenis ini dimulakan pada bahagian hujung jari kaki pasangan anda hingga ke bahagian buku lali dia. Ulangi beberapa kali, gerakan urutan turun dan naik sehingga pasangan anda berasa benar-benar selesa dan tenang. Difahamkan urutan jenis ini boleh membuang toksik berlebihan dalam tubuh badan kita.

tub-soak-for-2GCN-680x380

Untuk menjadi lebih adil dan rasa nikmat dapat dirasai bersama, pastikan anda berdua lakukan urutan-urutan ini secara bergilir-gilir. Elakkan satu pihak sahaja yang ‘bekerja keras’.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/