3 Kebaikan Daun Betik

Kebaikan Daun Betik
Kebaikan Daun Betik

Kebaikan Daun Betik

Adapun rupa-rupanya pokok betik ni bukan setakat buahnya saja yang boleh dimakan, daun betik pun sebenarnya banyak manfaat dan kegunaannya. Haa.. admin baru jumpa maklumat nie dalam satu buku petua dahulukala dan admin nak kongsikan ngan semua pembaca Petua Bahagia yang admin kasihi sekelian… Kata orang betik dapat membantu menyejukkan badan.  Admin selalu jugak makan buah betik, terutamanya betik yang dah siap potong yang dijual kat kat tepi jalan. Makan bukan kerana tujuan apa pun, tapi sebab dah boleh dikatakan ‘penggila betik’… hehe…

Tapi memang tak dinafikan, antara manfaat selalu makan buah betik ni ialah ianya memudahkan proses ‘membuang’. Buang apa ke benda..? Hmmm, korang paham-paham kan lah sendiri. I think most of you know what i’m talking about. Kalu ada yang masih tak faham, korang makan lah betik. Sepertimana kebiasaannya kita-kita ni tak ambil endah pun akan manfaat-manfaat lain dari sesuatu kejadian ataupun ciptaan Tuhan. Ye lah, ramai orang tahu pokok kelapa tu banyak gunanya, daripada daun, batang hinggalah ke buahnya. Tapi bila bercakap tentang buah-buah err.. tumbuhan lain, kita kurang mengambil endah. Pernahkah terdetik dalam hati apa lain-lain manfaat atau kebaikan daun betik..

3 Manfaat Dan Kebaikan Daun Betik

1. Satay Lebih Empuk dan Wangi

Bagi sesetengah pembuat satay, lazimnya daging satay yang telah siap digaul dengan perencah akan dibungkus dengan daun betik selama satu jam. Dengan cara ini, daging satay tu akan menjadi empuk dan berbau wangi apabila dibakar. Hmm… tetiba lak rasa teringin nak makan satay ni… Adios, wa nak gi cari sate jap…

2. Merawat Demam Malaria

Bagi sesiapa yang menghidap demam malaria, selain daripada berubat dengan kaedah moden, boleh juga diikhtiarkan seperti mana amalan perubatan tradisional.

Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan daun betik tadi tu dicampurkan pula dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika. Mandikan pesakit dengan air daun betik nie selama dua atau tiga kali  sehari. Kalau tak dapat nak mandi tu, lapkan ke seluruh badan. In shaa Allah, ikhtiar nie dapat membantu menyembuhkan demam malaria yang dihidapi.

3. Memperbanyakkan Susu Badan

Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak dengan susu badan (breastfeeding) tapi merasakan susu badan tu kurang, cuba amalkan minum air rebusan daun betik. Amalan minum air rebusan daun betik dipraktikkan oleh kebanyakan wanita dahulu untuk memperbanyakkan air susu.

Selamat mencuba !

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/