3 Khasiat Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit
Pokok Buah Tunjuk Langit

Pokok Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit (Swietenia Macrophylla) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara. Pati sari buah Tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit.

Buah Tunjuk Langit mempunyai khasiat yang tersendiri. Dalam biji Mahogani atau Tunjuk Langit ini terdapat kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.

Apakah itu Bitter Alkoloids, Flavonoids dan Saponins? Dan apakah khasiat utama buah tunjuk langit ini?

1. Bitter Alkoloids

Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja.

Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan Bitter Alkoloids yang tinggi. Ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus serta bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit.

2. Flavonoids

Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.

Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit

Fungsi flavonoids adalah untuk:

  • Mengurangkan paras gula dalam darah dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.
  • Memperbaiki kelancaran peredaran darah.
  • Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan

3. Saponins

Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah.

Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh di dapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.

Fungsi-fungsi utama lain Saponins

  • Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.
  • Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.
  • Meningkatkan fungsi pembinaan darah.
  • Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.
  • Melancarkan sistem saluran pernafasan

Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Kini, khasiat Buah Tunjuk Langit ini telah diproses secara saintifik dan dipek bagi kemudahan pengguna di seluruh dunia, dan keberkesanannya juga telah terbukti.

Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/