3 Khasiat Daun Pegaga

Khasiat Daun Pegaga
Khasiat Daun Pegaga

Khasiat Daun Pegaga

Sesiapa yang berasal dari kampung atau memang suka makan ulam tentu kenal daun pegaga. Hmm.. daun pegaga nie sebenarnya ada seribu satu khasiat yang boleh dijadikan ubat bagi merawat beberapa penyakit dan juga boleh digunakan untuk menjaga kecantikan kulit muka. Selain itu juga, daun pegaga ini boleh dimakan dengan nasi sebagaimana diamalkan oleh orang-orang tua dulu untuk kekal awet muda dan bertenaga.

Kalau korang nak tahu ulam pegaga, selain daripada rasanya yang sedap, ia juga diamalkan oleh orang-orang tua dulu kerana dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kencing manis, mengecutkan peranakan, ubati gatal pada bahagian vagina, hilangkan bintik-bintik hitam di muka dan juga ubat untuk darah tinggi. Bahkan daun pegaga juga bermanfaat untuk kecantikan wajah.

Jus Daun Pegaga

Jus Daun Pegaga

Dibawah ini admin kongsikan khasiat daun pegaga untuk penjagaan dan kecantikan muka bagi sesiapa yang mengamalkannya.

1. Petua Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah amalkan makan pucuk atau daun pegaga yang dibuat ulam atau dijadikan ramuan dalam gulai. Amalan ini dikatakan akan membantu mengecutkan peranakan wanita.

2. Hilangkan Bintik Hitam di Muka

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kendian dicampurkan dengan bedak sejuk sangat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya adalah dengan mengambil sepuluh helai daun pegaga dan cuci dengan air garam. Lepas tu tumbuk hingga halus dan campurkan dengan air garam dan bedak sejuk yang ditambah ngan sedikit air suam. Tempekkan campuran tu pada muka pada sebelah malam dan bersihkan pada keesokan hari. Amalkan petua nie setiap malam sampai bintik-bintik hitam kat muka tu hilang.

3. Serikan Wajah Dengan Daun Pegaga

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan tu. Lepas tu tapis rebusan tu dan biarkan ia sejuk. Minumlah air rebusan tu sekali sehari selepas makan malam. Amalkan tiga kali dalam seminggu dan korang akan dapati wajah korang akan kelihatan lebih berseri. In shaa Allah…

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/