3 Petua Atasi Gigitan Pacat

Petua Tanggal Gigitan Pacat
Petua Tanggal Gigitan Pacat

Petua Tanggal Gigitan Pacat

Pacat dan lintah yang melekat dan menggigit akan terus melekap sehingga ia betul-betul puas dan kenyang menghisap darah mangsanya. Bukanlah susah mana nak ditanggalkan pacat atau lintah itu, namun jika direntap tidak kena caranya ada kalanya luka bekas hisapan itu akan meninggalkan parut dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Adakalanya juga biarpun pacat dah direntap, tapi darah masih tidak berhenti keluar. Jadi, gunalah petua orang tua-tua untuk membuang lintah dan pacat itu tanpa paksaan.

Biasanya orang yang sering menjadi mangsa gigitan pacat ialah orang yang suka masuk ke dalam hutan untuk mendaki gunung dan berkhemah. Bagi yang sudah mempunyai pengalaman digigit pacat sememangnya sudah lali dan arif dengan cara bagaimana untuk menangani gigitan pacat ini berbanding mereka yang baru pertama kali masuk ke hutan terutama sekali perempuan. Pasti pengalaman kali pertama digigit pacat menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Ada beberapa petua yang ingin admin kongsikan dengan para pembaca Petua Bahagia yang biasanya diamalkan oleh orang-orang tua dulu cara tanggal gigitan pacat yang boleh anda cuba.

1. Garam

Satu kaedah ialah dengan menaburkan garam pada lintah atau pacat itu dan di sekiling tempat ia menggigit. Lepas beberapa ketika ia akan ‘gugur’ dengan sendiri. Garam mempunyai kelikatan dan kekuatan yang boleh membuatkan haiwan parasit ini lemah dan tidak bermaya.

2. Kapur Sirih

Selain dari menggunakan garam, ada juga yang mencalitkan dengan kapur sirih. Kapur sirih sifatnya panas. Mungkin disebabkan kepanasan maka ia tidak lagi selesa menghisap darah dan akhirnya melepaskan cengkamannya.

3. Tembakau

Satu lagi petua ialah dengan mencucuh atau melayurkan api rokok kepadanya atau hampir-hampir menyentuhnya. Selain itu, jika ada rokok atau lebih tepat lagi tembakau, boleh juga digunakan.  Ambil sedikit tembakau dan celupkan ke dalam air. Kemudian perah dan titikkan airnya ke atas haiwan parasit menghisap darah yang melekat itu. Selepas beberapa ketika pacat atau lintah itu akan tanggal dengan sendirinya dari kulit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/