3 Petua Halang Penuaan

Proses Penuaan
Proses Penuaan

Proses Penuaan

Proses penuaan yang berlaku pada kulit wajah seseorang akibat daripada usia yang semakin meningkat menyebabkan wanita cuba mencari alternatif untuk menghalang proses penuaan ini daripada berlaku. Dalam bahasa mudah awet muda. Banyak usaha dan ikhtiar yang boleh dilakukan bagi menghalang atau melambatkan proses penuaan ini.

Rata-rata di antara kita sememangnya sangat mementingkan kecantikan kulit. Kulit yang licin dan cantik boleh memberikan keyakinan secara semulajadi. Namun, selari dengan peningkatan umur, kulit menjadi kurang anjal, berpigmen dan yang paling memeningkan kepala adalah kehadiran kedutan yang menampakkan penuaan. Anda sebenarnya boleh melawan, menghalang atau melambatkan proses penuaan kulit dari sekarang.

Pada artikel kali ini admin ingin berkongsi 3 petua atau cara menghalang proses penuaan ini berlaku pada wajah kulit anda.

1. Jangan Mencungkil Atau Memicit Jerawat

Jerawat merupakan masalah biasa pada kulit wajah. Namun, jangan sekali-kali anda memicit jerawat yang tumbuh pada wajah anda kerana ia mungkin akan memberikan parut hitam pada masa sekarang tetapi kesan cungkilan tersebut akan dilihat selari dengan peningkatan usia. Selain itu parut jerawat akan menyebabkan wajah berlubang dan sukar untuk mengembalikan kepada bentuk asal selain mendapatkan rawatan laser di klinik pakar Dermatologi.

2. Berhenti Merokok

Menghisap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi merokok juga mampu merosakkan kolagen dan mengurangkan estrogen yang penting untuk mengekalkan keanjalan kulit. Dengan berhenti merokok, anda mampu melambatkan proses penuaan kulit anda. Tetapi harus diingat jangan berhenti secara mendadak, berhenti merokok secara perlahan-lahan kerana ianya boleh menyebabkan kejutan pada kulit wajah anda sekiranya anda berhenti merokok secara mendadak.

3. Kekalkan Berat Badan Sihat

Jangan tidak tahu, usaha anda mengamalkan diet sihat bukan sahaja mampu mengekalkan bentuk badan yang cantik tetapi turut menjamin awet muda pada kulit. Sekiranya diet yang diamalkan tidak konsisten, kulit anda sukar untuk menstabilkan keanjalannya dan mempercepatkan proses penuaan berlaku. Banyakkan pengambilan ikan, sayuran hijau serta teh hijau untuk kebaikan kulit anda dan ianya dapat membantu melambatkan proses penuaan pada kulit wajah anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/