3 Petua Hilangkan Parut Jerawat

Parut Jerawat
Parut Jerawat

Parut Jerawat

Isu berkenaan masalah parut jerawat ni kerap kali muncul dalam akhbar dan majalah-majalah. Isu yang sama diulang-ulang yang mana secara tak langsung menunjukkan benda ni ‘evergreen’. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saban tahun, saban bulan ada jer orang yang berhadapan dengan masalah dengan parut jerawat ni.

Tapi apa yang admin PB nak cerita nie pasal masalah berbangkit. Masalah lain yang timbul selepas jerawat hilang. Bagaimana nak menghilangkan parut jerawat pada wajah? Selain itu, parut yang disebabkan punca lain selain daripada masalah jerawat pun kira boleh jugalah.

Berbalik pada apa yang admin pernah baca dalam akhbar atau majalah, parut jerawat pada wajah tu sebenarnya tak mustahil untuk dihilangkan. Caranya ialah guna teknik sinar laser. Mak aiii… laser you! Teknologi canggih tuh. Tapi rawatan tuh kena lah buat beberapa kali, bukan sekali tembak jer boleh hilang. Tapi, almaklum sajalah bukan semua orang mampu nak menangung kos rawatan guna laser ni. Sebut laser jer pun kita dah boleh congak-congak dah pastinya kos main angka ratus-ratus atau boleh cecah ribu-ribu. Itu belum masuk GST lagi tu, hahaha..!

So, bagi mereka yang tak mampu nak cuba kaedah canggih-manggih tuh, ni ha admin nak kongsi petua tradisional untuk hilangkan parut jerawat. In Shaa Allah, berkat tawakal dan usaha, parut jerawat berkenaan boleh hilang.

Tapi teramatlah penting untuk admin tekankan bahawa sesiapa yang nak mencuba tu perlu lah berhati-hati tau..! Bagi mereka yang ada allergic atau alahan pada bahan-bahan tertentu seeloknya jangan dicuba, takut-takut parut jerawat tak pulih tapi makin memudaratkan pula… minta simpang lah semua tu..

3 Petua Untuk Menghilangkan Parut Jerawat

1. Batang Kayu Manis Dan Bedak Sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kendian campur serbuk kayu manis tuh dengan bedak sejuk. Jangan lupa pulak untuk tambah air. Bila dah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang.  Petua nie juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam kat muka kita.

2. Daun Lidah Buaya

Kaedah nie lebih natural… tapi susah sikit untuk mendapatkan bahannya bagi sesetengah orang.  Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. In Shaa Allah, parut jerawat akan hilang.

3. Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut.  Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. In shaa Allah, setelah beberapa lama, parut jerawat mulai pudar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/